- Berita
- Global
- Laporan: GR86 Seterusnya Guna Enjin 3-Silinder 1.6 Turbo
Hampir tiga tahun selepas membuat penampilan sulung di peringkat global, Toyota GR86 dan Subaru, BRZ dijangka akan dinaik taraf.
Kedua-dua model ini dikeluarkan dari pasaran Eropah, apabila ada desas-desus menyatakan bahawa kereta sports ini akan menampilkan beberapa bahagian elektrifikasi untuk generasi seterusnya.
Berdasarkan laporan berita automotif, CarScoops, GR86 generasi seterusnya akan bersendirian tanpa rakannya lagi, Subaru.
Laporan itu turut menyebut bahawa GR86 baharu akan mempunyai persediaan rangkaian kuasa separa elektrik yang terdiri daripada kilang pengecas turbo tiga silinder yang dipasangkan dengan sistem hibrid (HEV).
Bagaimanapun, turbo-hibrid GR86 dilaporkan akan mula diperkenalkan pada tahun 2025, ada yang mengatakan turbo-hibrid ini akan terdiri daripada kilang pengecas turbo kecil 1.4 liter, manakala ada juga menyatakan bahawa bahawa GR86 akan menerima pengecas turbo enjin 3-silinder 1.6 liter iaitu sama unit yang digunakan pada kedua-dua GR Corolla dan GR Yaris.
Di sebalik andaian itu, portal automotif Jepun, Best Car Web pula melaporkan bahawa kemungkinan besar GR86 2025 ini akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo G16E-GTS.
Menerusi penggunaan enjin 1.6 liter, maka , ia mampu menghasilkan kuasa lebih 300 hp namun kita boleh menjangkakan elektrifikasi separa akan meningkatkan pengeluarannya kuasa melebihi 300 hp.
Menyentuh mengenai sistem hibridnya, ada beberapa laporan mengatakan bahawa GR86 baharu akan menggabungkan persediaan HEV yang sama yang terdapat pada Land Cruiser 250 baharu.
Ini bermakna kereta sport baharu itu akan mengekalkan susun atur pacuan roda belakang (RWD) enjin hadapan dan GR86 generasi seterusnya akan mengekalkan dua pilihan transmisi enam kelajuan automatik dan manual.
Apapun, jika benar Toyota benar-benar memutuskan untuk menggunakan kilang pengecas turbo tiga silinder pada GR86 baharu, ini mungkin menandakan berakhirnya perkongsian dengan Subaru dan berakhirnya juga nama BRZ.
Untuk makluman anda, Toyota dan Subaru telah bekerjasama dalam membangunkan GR86 dan BRZ, bermula dengan model gen pertama pada tahun 2012.
Kerjasama itu terjalan bagi mengurangkan kos membangunkan kereta sport volum rendah yang menawarkan margin keuntungan yang sangat kecil.
Mengimbas kembali, kedua-dua Toyota GR86 dan Subaru BRZ gen semasa menyokong casis Subaru Global Platform yang sama yang mempunyai ketegaran 50% lebih berbanding model sebelumnya.
Dari segi trenkuasanya, kedua-dua model dikuasakan oleh kilang 'Boxer' aspirasi semula jadi 2.4 liter 4-cyl yang mampu menghasilkan kuasa setakat 234 hp dan 250 Nm, yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik atau manual.
Bercerita mengenai Toyota GR86, saya ada melakukan pandu uji jentera ini pada bulan lepas, kalau nak tahu, teruskan bersama CariCarz.com.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/