Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

NGERI! Undur Kereta Macam Orang Gila!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular satu klip video yang memaparkan seorang mengundur keretanya dengan laju sehingga merosakkan dua kereta yang diparkir di tepi jalan.

Dia yang keluar dari lot parkir dilihat seolah-olah tidak waras apabila turut melanggar beberapa kereta lain.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba menjerit untuk menghalangnya namun tidak berjaya.

Ada juga yang melarikan diri kerana khuatir dirempuh kenderaan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya juga telah mengesan sebuah video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di laman TikTok itu.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang perempuan Cina telah tertekan pedal minyak ketika hendak keluar daripada kotak parkir sebelum melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya.

“Dia yang dalam keadaan cemas serta terkejut telah menukar gear undur lalu mengundur secara laju sebelum melanggar dua buah kereta lagi yang diparkir di tepi jalan,” katanya.

Mujur tiada yang terkorban.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Low Wee Hong di talian 017- 674 7946.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026