Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

AHTV-(4).jpg


Proton bakal memindahkan operasinya di Tanjung Malim menjelang 2026 ini.


Semasa majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina bersama media baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang telah menerima pelaburan sebanyak RM32 bilion daripada DRB-Hicom (pemegang majoriti saham Proton) dan  Zhejiang Geely Holding Group.


Berdasarkan slide yang dibentangkan semasa majlis tersebut, fasiliti pengeluaran kenderaan, penyelidikan serta rekaan Proton akan dipindahkan ke tapak baharu tersebut yang bertempat di Tanjung Malim menjelang tahun 2026. Turut akan dibawa ke lokasi baharu ialah vendor-vendor Proton sedia ada.


AHTV-(3).jpg


Menurut Proton, taman vendor kini sedang giat dibangunkan, dengan 20 vendor sudah mula beroperasi. Salah satu vendor tersebut ialah EPMB, syarikat yang akan membekalkan Proton dengan 150,000 tempat duduk kereta dari fasiliti baharu mereka bernilai RM30 juta.


AHTV-(1).jpg


Selain itu, taman vendor baharu yang terletak di Parcel 5 akan dibuka tahun ini untuk memberi ruang kepada lebih banyak vendor lain. 


AHTV-(5).jpg


Turut diumumkan bahawa enam kilang baharu berkeluasan 400,000 kaki persegi akan disiapkan tahun ini untuk disewakan kepada mana-mana pihak yang berminat. 


Menurut Proton, AHTV akan menjadi peneraju pembangunan industri negara dan memberi manfaat dalam sektor-sektor seperti rantaian bekalan teknologi tinggi, pembangunan infrastruktur NEV dan NxGV, pengeluaran NEV dan menjadikan Malaysia sebagai pusat tropikalisasi R&D NEV pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk rantau ini. 


Tag:

Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV)
Kilang Tanjung Malim
Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Kilang NEV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pengeluaran Kereta Proton Kini Di Tanjong Malim, Tiada Lagi Kilang Shah Alam

Proton melakar sejarah apabila menamatkan operasi kilang pengeluarannya di Shah Alam dan beralih sepenuhnya ke fasiliti pengeluaran kenderaan yang terbaru dan lebih canggih di Tanjong Malim, Perak.

08-10-2025
Berita Auto

Proton Akan Kembali Ke Pasaran UK, Disokong Rancangan Global Geely

Pengeluar kereta terkemuka negara, Proton, dilaporkan akan kembali menembusi pasaran United Kingdom (UK).

08-08-2024
Berita Auto

AHTV Bakal Jadi Hab Kenderaan Tenaga Baharu Dunia

Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak melakar sejarah apabila DRB-HICOM memeterai Perjanjian Kerjasama Utama (MCA) dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

12-10-2023
Berita Auto

DRB-HICOM & Geely Sasar Tarik Pelaburan RM32 Bilion Bagi Projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi

PROTON telah menganjurkan Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 untuk mendedahkan peluang di AHTV.

17-07-2023
EV

Geely Bakal Labur RM30 Bilion Untuk Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Di Perak

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melaburkan sejumlah RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

07-04-2023
Berita Auto

Kilang Proton Di Tanjung Malim Siap 90.4 Peratus Sepantas 6 Bulan, CKD EV Mula September?

Proton akan mengeluarkan EV secara CKD tidak lama lagi kerana kilang baharunya yang terletak di Tanjung Malim, Perak, telah mencapai persiapan sebanyak 90.4% hanya dalam tempoh enam bulan selepas majlis pecah tanah.

18-08-2025
Berita Auto

Pelanggan Proton Kini Boleh Dapat Pemasangan Cermin Gelap Dari Kilang

Proton telah merasmikan pembukaan Pusat Pemasangan Cermin Gelap di Tanjung Malim.

21-03-2024
Berita Auto

NexV, GNEV Meterai MoU Untuk Pengeluaran Van Elektrik CKD, Bakal Muncul 2026!

NMSB dan GNEV telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

17-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026