Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Elak Risiko Bahaya, Bomba Akan Sedia Panduan Pemasangan Panel Solar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bomba-Solar-Guideline-(2).jpg


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyediakan garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara, termasuk di bangunan komersial, premis perniagaan, dan rumah kediaman. Ini satu perkembangan yang penting bagi pengguna kenderaan elektrik (EV) yang bercadang untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, solar, di masa hadapan. 


Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan bahawa tujuan garis panduan tersebut adalah bagi memastikan pemasangan dibuat mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan untuk keselamatan.


Bomba-Solar-Guideline-(6).jpg


Menurutnya,  kebakaran Mydin Manjoi baru-baru ini, menjadi pengajaran betapa pentingnya kawalan dan garis panduan yang betul disediakan untuk pemasangan panel solar. 


"Ketika kebakaran di Mydin Manjoi, pasukan bomba tidak boleh lakukan tebukan manual pada bumbung pasar raya itu akibat panel solar yang bercantum untuk tujuan pengudaraan. 


“Apabila kita tidak boleh buat tebukan secara manual kepada bumbung, kita sukar nak kesan api. Ini antara penemuan yang kita kenal pasti dan perkara inilah yang kita kena letakkan dalam garis panduan kelak," katanya.


Kejadian yang berlaku pada 10 Mac lepas dikatakan berpunca daripada salah satu panel pembahagi elektrik bangunan. Ini bermakna, kejadian tersebut tidak berkait dengan stesen pengecas pantas DC yang ditempatkan di laluan masuk bangunan.


Beliau berkata garis panduan itu akan melibatkan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.


"Kita akan bentangkan mengenai jarak antara panel, saiz yang sesuai, kelompokan panel dan lain-lain perkara teknikal ketika pemasangan panel solar di rumah mahupun mana-mana premis," katanya.

Sumber: Bernama

Tag:

JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Mydin Manjoi
Garis Panduan Pemasangan Panel Solar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Garis Panduan Bina Stesen Pengecas EV Akan Diumumkan

JBPM telah menyediakan garis panduan untuk stesen pengecas kenderaan elektrik.

26-07-2023
Berita Auto

Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok

Enam cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok.

06-11-2022
Berita Auto

Soket Pengecas EV Terbakar, Mujur Tiada Terkorban

Punca kejadian masih dalam siasatan.

21-04-2025
Berita Auto

Aidilfitri: 12 Lokasi Kemalangan Sudah Dikesan!

12 lokasi kemalangan adalah di sepanjang PLUS dan LPT.

20-03-2025
EV

"Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba

Pengguna kenderaan elektrik (EV) dinasihatkan mematuhi arahan pengeluar bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran.

07-10-2024
Berita Auto

Kemalangan Babit 7 Kenderaan, 1 Parah.

Gara-gara kemalangan membabitkan lapan kenderaan, berhampiran Terowong Menora, Perak menyebabkan seorang parah manakala dua lagi cedera.

01-10-2024
Berita Auto

Tanah Jerlus: Jangan Risau, Jalan Masjid India Selamat, Dah Boleh Shopping

Kawasan serta bangunan di Jalan Masjid India disahkan selamat untuk dikunjungi, dimana kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.

11-09-2024
Berita Auto

Jalan Duta Sesak Teruk Sebab Treler Terbakar

Pemandu treler bernasib baik kerana terselamat.

13-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026