- Berita
- Berita Auto
- Halang Konvoi Diiringi Polis? Boleh Kena Denda RM10K & Penjara 2 Tahun!
Halang Konvoi Diiringi Polis? Boleh Kena Denda RM10K & Penjara 2 Tahun!
-full.jpg)
Parlimen baru sahaja meluluskan beberapa undang-undang dan pindaan berkaitan dengan tugas konvoi polis dan pengiringan perarakan.
Awal hari ini, rakan industri dari laman web PaulTan.org melaporkan bahawa Parlimen Malaysia baru sahaja meluluskan beberapa pindaan terhadap Akta Polis 1967 (Akta 344). Antaranya adalah undang-undang baharu yang memperuntukkan hukuman kepada pemandu kenderaan yang menghalang tugas polis sebagai pengiring konvoi.
Sebelum ini, tiada sebarang undang-undang khusus tertulis berkenaan kewajipan untuk memberi laluan kepada polis yang sedang menjalankan tanggungjawab mengiringi konvoi. Namun kini tidak lagi…
-full.jpg)
-full.jpg)
Hanya pegawai PDRM sahaja yang boleh menjalankan tugas pengiringan konvoi.
Pindaan Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344) menjelaskan lagi perkara ini. Kini termaktub dalam undang-undang bahawa tugas pengiringan konvoi hanya boleh dilakukan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Di bawah akta yang sama, Subseksyen (2) menyatakan bahawa pemandu atau individu yang menghalang, menentang atau mengingkari arahan yang munasabah daripada mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen ini akan dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.
-full.jpg)
Subseksyen tersebut juga menjelaskan bahawa hukuman yang lebih berat boleh dikenakan iaitu penjara sehingga 2 tahun serta denda sehingga RM10,000. Lebih tinggi berbanding sebelum ini yang memperuntukkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM200.
Untuk maklumat lanjut mengenai undang-undang ini, boleh layari laman web rasmi Parlimen Malaysia. Di bawah, kami kongsikan video daripada YouTube yang menunjukkan perspektif mereka yang menjalankan tugas sebagai pengiring konvoi:
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv