Link Copiedcheck_circle
Global

Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread yang dijual pada harga RM196,868.

Varian ini dikatakan lebih lasak dan berbadan lebar berbanding model Hilux GR Sport yang sudah pun menembusi pasaran Thailand.

image.png

Jika anda perasan, varian ini agak sama dengan Hilux GR Sport di Australia  yang didatangkan secara standard dengan bampar hadapan yang lebih agresif dankit badan yang lebih lebar manakala fendernya pula terkeluar.

Kemasan fender di hadapan lebih lebar  140 mm di hadapan dan 155 mm di belakang. 

Trak pikap yang kelihatan agak ganas ini  menggunakan rim 17 inci dengan tayar BF Goodrich AT 265/65.

image.pngimage.png

Mengenai saiznya pula, ukuran panjangnya ialah 5,320 mm, selebar 2,020 mm, setinggi 1,880 mm manakala jarak roda pula 3,085 mm.

Antara perubahan mekanikal yang dibuat ialah, ia kini didatangkan dengan peredam monotube baharu, stabiliser bar hadapan lebih besar, wishbone depan yang lebih tebal, serta menggunakan, brek cakera belakang dan cakera brek hadapan lebih besar.

image.png

Selain perubahan kosmetik itu, varian ini masih menggunakan enjin enjin empat silinder diesel turbo 2.8 liter 1GD-FTV, namun ia kini  menghasilkan kuasa setakat 221 hp dan tork 550 Nm.

Hamburan kuasanya itu sama sahaja dengan Hilux GR Sport di Malaysia.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25 inci yang boleh disambung kepada Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. 

image.png

Selain itu ada juga pad pengecas tanpa wayar dan  soket pengecas USB-C untuk penumpang belakang, kawalan pendingin hawa dua zon, telematik T-Connect, kamera 360 darjah dan pelbagai ciri yang lain.

Walaupun harganya agak mahal daripada versi Hilux GR Sport namun ia mungkin menjadi pilihan orang Thailand.

image.png

Sebaliknya, UMW Toyota Motor (UMWT) tidak menyebut sebarang rancangan untuk menawarkan Hilux Revo GR Sport Wide Tread yang lasak ini untuk pasaran tempatan.


Gallery

Tag:

Toyota Hilux
Toyota Hilux Revo GR Sport Wide Tread
UMW Toyota
Toyota Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Berita Auto

Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan

Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.

25-06-2025
Gaya Hidup

UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.

28-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025