Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kedai Tayar Berkonsep Premium Bridgestone Dibuka Di USJ – Ada Ruang Santai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bridgestone-Premium-(2).jpg


Kedai tayar berkonsep premium dibuka di USJ


Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan pembukaan rasmi kedai tayar inovatif mereka yang pertama, Bridgestone Premium, hasil kerjasama dengan Vogue Motorsports Sdn Bhd.


Vogue Motorsports yang terletak di No. 19, Jalan USJ 19/4, 47630 Subang Jaya, Selangor, dijangka bakal menjadi kedai tayar tumpuan pemandu yang mencari tayar berkualiti tinggi dan perkhidmatan automatif dalam suasana yang penuh dengan keselesaan. 


Bridgestone-Premium-(1).jpeg


Ruang menunggu yang selesa disediakan untuk para pelanggan


Kedai berkonsep premium, Bridgestone Premium ini diwujudkan untuk membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan produk dan servis berkelas dunia yang melebihi jangkaan pelanggan. 


Pengarah Urusan Bridgestone Malaysia, Michael Chung berkata, "Pembukaan kedai konsep Bridgestone Premium baru menandakan komitmen Bridgestone Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa melalui rangkaian pengedar kami."


Bridgestone-Premium-(1).jpg


Beliau juga menambah bahawa Bridgestone komited untuk meningkatkan pengalaman memandu pengguna dengan tayar berkualiti premium mereka.


Sementara itu, Pengarah Vogue Motorsports Sdn Bhd, Terrance Tee meluahkan kegembiraannya selepas dipilih sebagai lokasi pertama yang menggunakan konsep Bridgestone Premium dan berjanji untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.


Bridgestone-Premium-(3).jpeg


Sempena dengan pembukaan Cawangan Bridgestone Premium pertama ini, promosi jualan eksklusif akan diadakan di outlet ini dari 18 Mac hingga 30 April 2024, di mana pelanggan akan menerima kad petrol bernilai RM120 secara percuma apabila membeli empat tayar Bridgestone bersaiz 17 inci dan ke atas.


Tag:

Bridgestone Premium
Bridgestone Premium Outlet
Cawangan Bridgestone Premium
Kedai Tayar Premium
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026