Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lotus Cars Kini Di Pavilion Damansara Heights, Boleh Kustom Kereta Sendiri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lotus Cars Malaysia secara rasminya membuka  Lotus Store yang pertama di Damansara Heights, Kuala Lumpur semalam.

Ruang  pameran Lotus Store dibuka selepas pelancaran  kenderaan utiliti sukan (SUV) hiper elektrik Lotus Eletre 10 bulan lepas yang mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia.

image.png

Ia yang berkeluasan 173.58 meter persegi, sebenarnya  direka dengan penuh  teliti bagi mencerminkan identiti korporat antarabangsanya.

Di tapak baharu ini , ia menampilkan model  Eletre EV dan kereta sports Emira.

image.png

Selain itu, terdapat juga ruang Konfigurator Lotus bagi membolehkan para pelanggan menala kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing.

Ini bermakna, para pelanggan boleh memilih bahagian luaran misalnya, warna cat, pilihan rim, tayar, brek kaliper berwarna, brek serami karbon dan logonya.

image.png

Malah, pelanggan juga boleh tema sendiri untuk bahagian kabinnya selain tali pinggang keledar, stereng dan tatahan karbon.

Bukan sekadar itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih cermin sisi mengikut suka anda termasuk pakej Lotus Dynamic dengan kebolehan pemanduan stereng 4-roda dan bumbung kaca pintar.

Ia juga menawarkan ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pakej parkir dan pakej bantuan lebuhraya.

Ruang pameran ini turut menawarkan jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

image.pngimage.png

Di sebalik pembukaan Lotus Store di Damansara Heights, Lotus Cars Malaysia juga akan membuka satu lagi  bilik pamerannya di Glenmarie, Shah Alam pada suku kedua tahun ini.

Jenama itu juga berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian cawangannya di negeri-negeri Utara dan Selatan dan melaksanakan Penyelesaian Perkhidmatan Mudah Alih Lotus untuk kemudahan tambahan.


Gallery

Tag:

Lotus Cars Malaysia
Emira
Eletre EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K

Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran ‘adiknya’, Lotus Eletre, pula membuka tempahan rasmi di Malaysia.

22-08-2025
Berita Auto

Lotus Store Kini Dibuka Di Pulau Pinang – Pertama Di Utara Semenanjung

Lotus Cars Malaysia memperluaskan rangkaian pusat jualannya dengan membuka Lotus Store yang ketiga di Malaysia.

15-11-2024
Berita Auto

Bilik Pameran Flagship Lotus Kuala Lumpur Kini Di Glenmarie, Shah Alam

Lotus Cars Malaysia turut merasmikan pusat pameran terbaharunya Lotus Kuala Lumpur.

16-08-2024
Kereta Baru

Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800

otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.

20-07-2024
EV

Gentari, Lotus Cars Malaysia Bekerjasama Untuk Terokai Infrastruktur Mobiliti Hijau

Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM) di ibu negara, pagi tadi.

13-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025
Berita Auto

SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

11-11-2025
Berita Auto

Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana

Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap, semalam.

11-11-2025
Berita Auto

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto

Jalan Mendap: Banyak Jalan Di Jalan Masjid India Terpaksa Ditutup

Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara susulan kejadian mendapan jalan yang berlaku pagi tadi.

10-11-2025