- Berita
- EV
- Porsche Taycan Turbo GT, Kuasa Kuda Luar Biasa!
Tahukah anda, Porcshe Taycan Turbo GT adalah salah satu model Porsche paling berkuasa setakat ini.
Ini kerana ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,092 hp jika menggunakan fungsi Attack Mode yang lazimnya digunakan ketika berada di litar.
Sementara itu, daya kilasnya pula mencecah1,340 Nm menyebabkan ia mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 2.2 saat atau 2.1 saat.
Difahamkan, Porsche masih menggunakan dua motor, manakala motor bahagian belakang sudah dinaik taraf menyebabkan ia kini lebih berkuasa dan cekap.
Bukan itu sahaja, inverter motor belakang kini menggunakan silikon karbida untuk menghasilkan 900 amp.
Bagi membolehkan ia memecut dengan lebih pantas, kebanyakan komponen pada model ini diperbuat daripada gentian karbon.
Satu lagi ialah casis dan tweak aero masih diteruskan dengan persediaan suspensi Porsche Active Ride yang dipertingkat dengan penalaan khusus untuk Turbo GT manakala sistem brek seramiknya juga dinaik taraf.
Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan pelbagai trim gentian karbon.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan enam pilihan warna termasuk Pale Blue Metallic dan Purple Sky Metallic.
Melihat tayarnya, ia dipadankan dengan rim bersaiz 21 inci yang mana ia dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R yang juga lebih ringan.
Ia juga hadir dengan pemesong udara bahagian bawah badan dan diffuser hadapan baharu.
Karakter sporti turut diterapkan pada ruang kabin, di mana Turbo GT ini dilengkapi dengan roda stereng balutan Race-Tex, termasuk kerusi adaptif sports yang boleh dilaraskan dalam 18 hala.
Tertera juga perkataan Turbo GT di bahagian perehat kepala di kedua-dua tepat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
Di sebalik itu, EV berprestasi tinggi ini berjaya mencatatkan masa 1:27.87. ketika diuji di litar WeatherTech Raceway Laguna Seca pada Februari lalu.
Pandu uji itu sebenarnya adalah penanda aras untuk membuktikan kemampuan jenetra ini.
Penghantaran Porsche Taycan Turbo GT ini dijangka akan dimulakan pada musim panas untuk beberapa pasaran seperti Eropah, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Ia dijual pada harga bermula AS$230,000 (RM1.1 juta) untuk pasaran AS, sekali gus menjadikannya ia adalah model Taycan paling mahal setakat ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari