- Berita
- Teknologi
- Skim Insentif Panel Solar Rakyat Diperkenal, Rebat Sehingga RM4,000
Skim Insentif Panel Solar Rakyat Diperkenal, Rebat Sehingga RM4,000

Bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di rumah, kerajaan memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) di bawah program Net Energy Metering (NEM).
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting yang pantas untuk memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, "Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluaskan bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangkan perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik.”
REBAT SEHINGGA RM4,000

Pelancaran SolaRIS dijangka akan meningkatkan penggunaan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah program NEM. Rebat sebanyak RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 diberikan kepada pengguna baharu NEM Rakyat yang membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada atau selepas 1 April 2024.
KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
Skim ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan juga kepada individu yang memohon untuk kali pertama di bawah program NEM.
Pemberian rebat akan dilaksanakan mengikut prinsip 'first come first served' bagi kuota NEM Rakyat mulai 1 April hingga 31 Disember 2024. Permohonan NEM Rakyat yang diluluskan harus beroperasi selewat-lewatnya pada 31 Mac 2025, atau sehingga kuota rebat SolaRIS selesai diagihkan, mana-mana yang terlebih dahulu.
PEMBAYARAN REBAT
Rebat akan disalurkan selepas pemasangan dan pengoperasian sistem solar PV di bawah program NEM Rakyat atas nama pemegang bil, dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan yang telah ditetapkan.
Dengan langkah-langkah ini, harapan untuk masa depan hijau dan lestari semakin cerah, memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk turut serta dalam usaha melindungi alam sekitar.

Perkara ini diumumkan selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan akan menyediakan garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara, termasuk di bangunan komersial, premis perniagaan, dan rumah kediaman. Ini satu perkembangan yang penting bagi pengguna kenderaan elektrik (EV) yang bercadang untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, solar, di masa hadapan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
