Link Copiedcheck_circle
Global

Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery turut mendedahkan Tiggo 7 Pro PHEV sempena pameran Eco Chery yang sedang berlangsung di Wuhu, China, semalam.

Dikhabarkan jentera ini akan memasuki pasaran kita pada suku kedua tahun depan.

Pada bulan lepas, CariCarz.com berkesempatan melihat varian Tiggo 7 Pro versi petrol dimana yang ini akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

image.png

Untuk itu, kami mengesahkan versi Tiggo 7 Pro PHEV ini pula akan memasuki pasaran kita tidak lama lagi.

Berdasarkan info daripada wakil kami yang berada di tapak ekspo itu, Tiggo 7 PHEV akan mempunyai saiz yang sama dengan model Tiggo 7 versi petrol dimana ia  sepanjang  4,513 mm dengan jarak roda  2,670 mm.

Selain itu, lebarnya pula ialah   1,862 mm dan setinggi  1,696 mm manakala  jarak kelegaan tanah ialah 175 mm. 

Sebagai perbandingan, jarak kelegaan Tiggo 7 Pro sebenarnya hampir sama dengan Proton X70.

Dari segi kuasa, varian PHEV menampilkan enjin  petrol 1.5 liter dengan  dua motor elektrik (satu di depan dan satu lagi di belakang). Ia juga hadir dengan bateri litium ternary berkapasiti 19.27kWh.

 image.png

Jadi, varian PHEV ini mampu menghasilkan kuasa setakat 360 hp dan tork 530 Nm.

Selain itu, dengan menggunakan jarak gerak elektriknya, ia boleh bergerak sejauh 80 kilometer .

Jika tangki minyak dan baterinya penuh, maka ia boleh bergerak sejauh 1,200 km.

Bagi yang berminat dengan Tiggo 7 ini, ia sebenarnya mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat manakala kelajuan tertinggi ialah 180 km/j.

Menyentuh menenai pengecasan, dengan menggunakan pengecasan   3.3kW, baterinya penuh dari 0-100% dalam  masa 7 hingga 12 jam.

image.png

Sementara itu, jika menggunakan pengecasan 6.7kW, baterinya penuh dalam masa lebih kurang 3 jam lebih.

Dari segi ciri keselamatam pula, Tiggo 7 PHEV didatangkan dengan sistem ADAS tahap 2 dimana terdapat Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Trafik Sesak, Amaran Pelanggaran Depan, Brek Kecemasan Autonomi, Pengesan Titik Buta dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian dalaman, kru kami memaklumkan ia dilengkapi dengan skrin digital bersaiz 24.6 inci, danistem audio premium Sony 8-pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, tempat duduk hadapan berventilasi, pengecas wayarles, port USB Type A dan banyak lagi.

Bahagian but pula dilihat agak sama dengan versi petrolnya iaitu seluas 475 liter namun ruang but itu boleh dibesarkan sekiranya kerusi belakang direbahkan dan ini menjadikan ruang butnya menjadi seluas 1,672 liter.

image.png

Sebelum ini, kami ada menyatakan bahawa Kumpulan awal unit Tiggo 7 yang dikeluarkan di Malaysia adalah unit CBU dari China namun  Chery Malaysia sedang meneliti pilihan CKD pada 2025 nanti.

image.png

Memandangkan unit Tiggo 7 PHEV ini akan memasuki pasaran kita lambat lagi namun jika anda betul-betul berminat dengan Tiggo 7, anda boleh mempertimbangkan Tiggo 7 Pro versi petrol.


Gallery

Tag:

Chery Tiggo 7 Pro
Auto China 2024
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Berita Auto

Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.

23-08-2024
Global

Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Model terbaru, Chery Tiggo 7 Sport, kini menerima "sentuhan jenama Land Rover." Apa yang menarik?

21-08-2024
Berita Auto

Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik bawa pulang kereta SUV Chery TIGGO 7 PRO

Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 menerima SUV

06-08-2024
Berita Auto

Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi berjaya menumpaskan pasukan Denmark dan meraih pingat gangsa.

05-08-2024
Pandu Uji
Kereta Baru

2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

21-06-2024
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025