- Berita
- Berita Auto
- Bawa Kereta Mewah Rupa-Rupanya

Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta jenis Volkswagen Scirocco gara-gara pemandunya cuba merempuh anggota polis yang sedang menjalankan tugas dalam Operasi Tapis Bersepadu di Ketereh, Kelantan semalam.
Suspek berusia 31 tahun yang gagal meloloskan diri berjaya ditahan. Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan polis menemukan sebuah beg berisi 2,400 biji pil yaba, 9.25 gram heroin dan turut merampas kenderaan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.

Tangkapan itu turut membawa kepada penemuan 2,000 pil yaba dalam kenderaan jenis Proton Persona warna kelabu yang diletakkan di hadapan rumah suspek.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

