Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Hantar Omoda E5 Sampai Depan Rumah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia menyifatkan pihaknya cukup teruja  apabila melakukan penghantaran pertama unit  Omoda E5 kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, baru-baru ini.

Datuk Chong Wei merupakan individu pertama yang sudah menerima Omoda E5 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas.

image.png

“Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda!,” katanya di laman akaun Facebook rasminya.

image.png

Sementara itu, beberapa gambar yang dikongsi Chery Malaysia menunjukkan Presiden Chery Malaysia, Leo Chen duduk di sebelah Datuk Chong Wei ketika memandu uji kereta baharunya.

Malah, Omoda E5 yang berwarna Aqua Green itu diikat dengan riben berwarna merah ketika dihantar kepada pemain legenda Malaysia berkenaan.

image.png

Untuk makluman, Omoda E5 dijana oleh motor elektrik pada gandar roda hadapan yang mampu menghasilkan 201 hp  dan 340. 

image.png

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7.2 saat. Ia yang dibekalkan  bateri lithium fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj mampu bergerak sejauh 630 km dengan hanya sekali cas.

Apa yang cukup menarik, ia cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan seperti:

Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)

Brek Kecemasan Kendiri (AEB)

Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Amaran Keluar Lorong (LDW)

Bantuan Kesesakan Jalan (TJA)

Bantuan Tukar Lorong (LCA)

Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)

Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD)

Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) dan banyak lagi

image.png

Malah, terdapat pakej khas tersedia untuk 2000 tempahan OMODA E5 terawal iaitu:

Wall box charger

V2L (Vehicle-to-Load) Charger

Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC

Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) serta Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).

image.png

Bagi yang berminat, Chery Omoda E5 ditawarkan pada harga bermula RM146,800.

Gallery

Tag:

Chery Omoda E5 EV SUV
Chery Malaysia
Datuk Lee Chong Wei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Chery Malaysia Serahkan EV Omoda E5 Kepada MITI

Chery Malaysia baru-baru ini telah membuat penyerahan model EV terbaru, Chery Omoda E5 EV, kepada MITI.

29-11-2023
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.

11-03-2026
Berita Auto

Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya

Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.

06-03-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026