Link Copiedcheck_circle
EV

Kia Bakal Perkenal 15 EV Menjelang 2027 & 6 Model Hibrid Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia-EV-Lineup.jpg

Kia merancang untuk melancarkan 15 EV baharu menjelang tahun 2027 dan 6 hibrid lagi pada tahun 2024. 


Pengeluar automotif Korea, Kia, telah mendedahkan rancangan elektrifikasinya semasa Hari Pelabur 2024. Sebagai sebahagian daripada visinya untuk menjadi kuasa global dalam pembuatan EV premium, Kia ingin melancarkan sekurang-kurangnya 15 EV baharu menjelang tahun 2027. 


Kia-EV3-Concept-6.jpgKia-EV4-Concept-8.jpg


Kedua-dua kereta konsep, Kia EV3 (kiri) dan EV4 (kanan) akan dikeluarkan secara besar-besaran. 


Rancangan besar ini akan memperlihatkan Kia meluaskan barisan kenderaan SUV crossover elektrik yang sedia ada, yang kini didominasi oleh model berdasarkan platform E-GMP seperti  Kia EV6, EV9 dan EV5. Bakal muncul menyertai barisan EV tersebut dalam masa yang terdekat ialah EV3 yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada musim panas tahun ini, diikuti oleh model EV4 dan EV2. 


Selain daripada EV penumpang ini, Kia juga merancang untuk memperkenalkan pelbagai EV komersial berdasarkan kenderaan konsep elektrik PV yang pernah dipamerkan di CES awal tahun ini. 


Kia-EV6-GT.jpg


Kia EV6 bakal dikemaskini tahun ini. 


Selain model baharu, Kia juga merancang untuk memberikan beberapa sentuhan baharu kepada model EV sedia ada, terutarmanya EV6. 


Kia-EV5-Thailand-BIMS2024-2.JPGKia-EV9-GTLine-1.jpg


Kedua-dua model, EV5 (kiri) dan EV9 (kanan) akan diperkenalkan dalam varian berprestasi tinggi, GT. 


Berita baik bagi yang suka meluncur laju di jalan raya, Kia turut akan memperluaskan model-model sedia ada dengan pengenalan varian GT. Kini hanya ditawarkan untuk EV6, varian tertinggi ini akan diperkenalkan kepada model EV9 dan EV5 pada Januari 2025, yang mana kedua-dua EV akan diberikan motor elektrik yang lebih berkuasa dengan masa pecutan 0-100 km/j kurang daripada 4 saat. 


Kia-InvestorDay-2024-2.jpgKia-InvestorDay-2024-4.jpg


Melalui pengenalan model, varian dan versi baharu ini, Kia menyasarkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu untuk menjual sebanyak 1.6 juta EV setiap tahun menjelang tahun 2030. Ramalan ini menyaksikan Kia mencatatkan pertumbuhan jualan global EV syarikatnya sebanyak 38%. Satu peningkatan yang signifikan berbanding 10% yang dicatatkan buat masa ini. 


2024-Kia-Sportage-809-19-1536x1024.jpg


Dalam masa yang sama, Kia juga tidak mengabaikan model hibridnya kerana syarikat ini merancang untuk memperluaskan rangkaian model separa elektriknya daripada enam model pada tahun 2024 kepada sembilan model pada tahun 2028. Rancangan ini akan menyaksikan hampir kesemua model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) sedia ada Kia ditawarkan dalam versi hibrid, termasuk K8 dan Sportage facelift yang dijangka  akan dilancarkan pada hujung tahun ini. 


Rancangan hibridifikasi ini dijangka dapat meningkatkan jumlah jualan kereta hibridnya daripada 14% kepada 20% bermula tahun 2024 dengan sasaran jualan sebanyak 886,000 unit. 


Kia-InvestorDay-2024-1.jpg



Tag:

Kia
Rancangan EV Kia
Elektrifikasi Kia
Hibridifikasi Kia
Hari Pelabur Kia 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026