- Berita
- Berita Auto
- Lagi Kes Pandu Kereta Tanpa Cukai Jalan
Pakai kereta mewah tapi tiada cukai jalan!
Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan ketika mereka menjalankan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Sungai Rasau Lama, Shah Alam baru-baru ini.
Pada minggu lepas, seorang pemilik BMW X6 ditahan kerana tidak memperbaharui cukai jalan. Terbaharu, membabitkan pemilik SUV Volvo XC90.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, alasan diberikan suspek tidak memperbaharui cukai jalan disebabkan SUV itu adalah milik syarikatnya
“Semakan mendapati kenderaan itu telah tamat tempoh cukai jalan sejak tahun lalu,” katanya .’
Sehubungan itu, SUV berkenaan telah disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/