Link Copiedcheck_circle
Global

Qashqai Masuk Eropah

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Generasi ketiga SUV crossover segmen C, Nissan Qashqai telah menerima beberapa penambaikan.

Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah di bahagian hadapan kerana ia menampilkan gril baharu dan semua lampu depan dan belakang kini didatangkan dengan lampu jenis LED.

Sementara itu, lampu belakang kekal dengan bentuk lama kecuali bahagian dalam yang sekali lagi membawa corak koma.

image.png

Qashqai ini juga melihat skema cat dua tona yang menarik untuk varian yang tinggi dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 dan 20 inci namun bergantung kepada varian.

Selain itu, Nissan menyatakan penambahbaikan ini telah menjadikan Qashqai lebih aerodinamik berbanding sebelum ini.

image.png

Mengenai  trenkuasanya, ia didatangkan dengan dua pilihan enjin: 1. 3 liter dengan teknologi mild-hybrid  dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 140 ps atau 158 ps.

image.pngimage.png

Selain itu, terdapat juga enjin 1.5 liter turbo dimana enjinnya menjadi  penjana tenaga elektrik yang dihantar melalui penyongsang kepada motor elektrik 140 kilowatt (kW) atau bateri 1.8 kilowatt-jam (kWj).

Mengenai  kabin Qashqai generasi ketiga ini juga dikatakan telah disemak semula memandangkan terdapat  instrumen digital dan paparan skrin sentuh infotainmen serba baharu. 

image.png

Terdapat juga unit berkuasa Google yang menawarkan peta Google.

Bergantung kepada varian, ia turut dilengkapi dengan lampu ambien berwarna merah, hijau dan biru. 

Teknologi Around View Monitor (AVM) juga dinaik taraf dan menggunakan empat kamera.

Malah, terdapat juga beberapa ciri canggih seperti invisible hood view untuk melihat kedudukan roda depan dan Parking Spot Location Memory yang menyimpan lokasi parkir menggunakan GPS.

image.png

Tidak ketinggalan, fungsi 3D dimana ia  memaparkan kereta dari depan, belakang, sisi atau sudut bagi mengenalpasti sebarang halangan dan beroperasi bersama sistem Pengesanan Objek Bergerak.

Dikhabarkan Nissan Qashqai akan tiba di Eropah tidak lama lagi dan buat masa ini Nissan tidak berhasrat untuk menawarkan crossover gen ketiga ini  ke Amerika Utara atau pasaran lain.


Gallery

Tag:

Nissan
2024 Nissan Qashqai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026