Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RM83.5 Juta Diperuntukkan Baik Pulih Jalan Kelantan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2957470193_94d2c6f4b5_b.jpg


Kelantan telah menerima peruntukan sebanyak RM83.5 juta daripada Persekutuan untuk membaik pulih jalan Persekutuan yang rosak di negeri tersebut.


Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin memaklumkan bahawa, peruntukan yang telah disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sehingga 2 April lalu adalah merangkumi RM44 juta khusus untuk penyelenggaraan turapan jalan.


“JKR mengenal pasti sebanyak 38 lokasi terlibat termasuk 16 yang sudah dilaksanakan di tapak manakala lima daripadanya sudah siap,” katanya.


2685748162_4b57003daf_z.jpg


Lokasi baik pulih paling banyak adalah membabitkan Gua Musang yang diberikan peruntukan  berjumlah RM10.7 juta untuk baik pulih 11 laluan, diikuti Kota Bharu dengan peruntukan RM11.9 juta dan Jeli RM8 juta, masing-masing dengan tujuh dan empat laluan untuk dibaik pulih. Lokasi lain yang terlibat ialah Pasir Mas, Pasir Puteh,  Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Machang.


Selain itu, tiga lokasi di laluan FT003 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, telah dikenal pasti memiliki kerosakan permukaan jalan. Peruntukan RM3.3 juta bagi tujuan baik pulih laluan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).


“Lokasi terlibat FT003 Seksyen 660 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di persimpangan lampu isyarat Wakaf Linchong yang akan menelan peruntukan RM800,000.


“FT003 Seksyen 658 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Wakaf Raja berjumlah RM400,000 dan FT003 Seksyen 657 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhadapan Balai Polis Bukit Yong diperuntukan sebanyak RM2.1 juta,” katanya.


Projek-projek baik pulih ini diharapkan dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. 

Tag:

Kelantan
Baik Pulih Jalan Raya Kelantan
Jalan Raya Kelantan
Jalan Persekutuan Kelantan
Jalan Rosak Kelantan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju

Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.

17-03-2026
Berita Auto

Harap Tabah! Kelantan Sesak Luar Biasa, Ramai Terperangkap Atas Jalan

Laluan utama pengguna jalan raya dari Kelantan ke Kuala Lumpur iaitu Jalan Gua Musang–Merapoh mengalami kesesakan luar biasa sehingga kenderaan hampir tidak bergerak, ketika ini.

29-12-2025
Berita Auto

"Pemanduan Bertukar Sebaik Masuk Kelantan," - Ketua Polis Kelantan

Pihak polis mendapati sikap pemanduan segelintir anak perantau bertukar sebaik saja memasuki Kelantan.

03-06-2025
Berita Auto

Rakyat Kelantan Tak Perlu Sangkut 'Jem' Lagi, Sebab ECRL Dijangka Operasi 2027!

Nampaknya, rakyat Kelantan boleh menarik nafas lega memandangkan dua tahun lagi mereka boleh pulang beraya menaiki Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

18-04-2025
Berita Auto

Belanjawan 2025: Rakyat Kelantan Harap Infrastruktur Jalan Raya Diperbaik

Penduduk di Kelantan berharap agar isu infrastruktur, terutama jalan raya, diberikan keutamaan dalam Belanjawan 2025.

18-10-2024
Berita Auto

Warga Rohingya Semakin Ramai Memandu Secara Haram Di Kota Bharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 343 notis saman kepada warga asing tahun lalu.

02-01-2023
Berita Auto

Belanjawan 2025: Rakyat Kelantan Harap Infrastruktur Jalan Raya Diperbaik

Penduduk di Kelantan berharap agar isu infrastruktur, terutama jalan raya, diberikan keutamaan dalam Belanjawan 2025.

18-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026