Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Sempoi, Nampak Petak Tapi Luas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

smart Concept #5 sudah siap sedia untuk dipamerkan pada pameran Auto China 2024 yang bakal diadakan di Beijing, China.

Ia yang merupakan hasil rekaan terbesar, paling luas dan paling lasak dikatakan akan menembusi pasaran pada suku kedua tahun ini.

image.png

Bagaimanapun, butiran saiz didedahkan namun smart mengesahkan ia adalah sebuah SUV premium bersaiz sederhana seperti mana SUV #1 dan 3 yang sedia ada.

Sekali pandang, smart Concept #5 menggunakan bentuk petak dan bertegak namun lain pula dengan versi  #1 dan #3 dimana kedua-duanya lebih bulat serta montok.

SUV ini juga kelihatan hampir sama  dengan Mercedes-Benz GLB/EQB. 

Apapun, ia  tidak seperti mana-mana produk EV lain dimana , Concept #5 dan versi pengeluaran juga dikatakan akan dibina berdasarkanplatform SEA.

Malah, sama seperti model smart #1 dan smart #3, rekaan luaran Concept #5 ini dihasilkan oleh studio rekaan Mercedes.

image.png

Selain itu, Concept #5 dikhabarkan bakal menggunakan motor berkembar dan  pacuan semua roda (AWD).

Melihat imejnya, smart Concept #5 ini dilihat  mempunyai jarak kelegaan tanah yang tinggi, selain menggunakan tayar all-terrain, skid plate, serta kabel keluli yang biasanya ada pada model off-road.

image.pngimage.png

Malah, dikhabarkan model #5 ini bakal menawarkan pergerakan  sejauh 549 km dengan hanya sekali cas.  

Begitupun, smart masih menutup mulut mengenai trenkuasanya tetapi ada mendedahkan bahawa ia bakal menyediakan lima mod pemanduan.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan tiga skrin dimana salah satu berfungsi sebagai panel instrumen manakala dua unit  adalah skrin OLED besar .

image.png

Antara kelengkapan lain ialah  tempat duduknya dilengkapi dengan fungsi pemanasan, pengudaraan dan fungsi urutan serrta terdapat ambien seperti bintang pada pintu.

Tertera juga logo X pada bumbung jentera ini.

image.png

Sejurus ia masuk ke pasaran, SUV ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada MINI Countryman EV, BMW iX1, Audi Q4 e-tron serta Volvo EX40/EC40.


Gallery

Tag:

smart#5
Concept #5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5.

28-08-2025
Global

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025
EV

smart #5 Versi RHD Dilancarkan Di Hong Kong – Malaysia Seterusnya?

Selepas membuat kemunculan sulungnya kepada umum di Malaysia Autoshow 2025, model smart #5 kini secara rasmi memasuki pasaran RHD pertamanya, iaitu di Hong Kong.

15-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026