Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Bukan Sahaja Comel Tapi Cukup Pintar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat Sino - Jerman Berkolaborasi?

Ya, jenama smart Automobile sebenarnya diasaskan oleh Mercedes-Benz dan pembuat kereta dari China, Geely.

smart yang sebelum ini milik Daimler AG, kini merupakan jenama yang akan menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) selepas ia secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan gergasi automotif China iaitu Geely. 

Dikhabarkan Mercedes bertanggungjawab untuk reka bentuk, manakala Geely untuk kejuruteraan.

Apapun, Geely dilihat cukup serius dalam menghasilkan kenderaan elektrik  dan ia jelas terbukti melalui penawaran model smart#1.

image.png

Apa yang cukup penting ialah ia tidak seperti varian Brabus yang kami cuba sebelum ini.

Ini kerana varian Premium yang ditampilkan ini boleh dikatakan antara pilihan yang lebih baik.

Varian Premium ini sebenarnya agak berbeza berbanding model kontemporari bersaiz yang serupa.

GAYA COMEL

Melihat kepada model smart#1, sudah pastinya ia menang dari segi penggayaannya yang cukup comel dan ia tampil dengan lebih ringkas.

Sentuhan pada varian Premium sebenarnya dapat  dilihat dalam SUV EV berjenama Mercedes-Benz EQ.

image.pngimage.png

Namun apa yang membezakan Premium dengan pesaing terdekatnya ialah ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19 inci, menggunakan lampu depan dan belakang LED dengan lampu belok jenis berurutan manakala cermin sisi dihiasi dengan dua warna.

image.pngimage.pngimage.png

Selain itu, ia kelihatan agak moden kerana pembuka pintunyaw yang tenggelam, bumbung panaromik, tiang-C yang tebal dan kesemua pintunya hadir dengan cermin tingkap tanpa bingkai.

image.png

Secara fizikalnya, rupanya yang comel ini sebenarnya berjaya menawan hati si pembeli di luar sana terutamanya pembeli yang terdiri daripada kalangan wanita.

KABIN MEWAH

Menjengah bahagian kabinnya, dari segi kejuruteraan ergonomiknya, ia wajar dipuji. 

image.png

Ini kerana tempat duduk smart #1 mempunyai tempat duduk belakang yang paling selesa dalam mana-mana crossover EV sebesar ini yang pernah kami pandu uji.

Selain itu, lantainya tidaklah dinaikkan dengan sehingga sokongan pada paha terhalang.

Malah, tempat duduk belakangnya boleh dilaraskan  ke hadapan dan belakang.

image.png

Ini bermakna anda boleh meningkatkan atau mengurangkan ruang but atau ruang kaki belakang dengan begitu mudah.

Di sebalik tempat duduknya, kabinnya wakar dipuji kerana pihak penggeluar kereta ini menggunakan material yang mewah selain sentuhan lembut.

Lain-lain perkara sebenarnya agak sama dengan varian Brabus.

image.png

Selain trim mewah dan reka bentuknya, apa yang tidak dinafikan ialah ciri teknologi yang digunakan jentera ini.

Pendek kata, kesemua elemennya kelihatan hampir sama dengan kereta Jerman namun ia diterjemahkan kepada varian Premium ini.

PAKEJ TEKNOLOGI

Dari segi ciri-ciri teknologi, ia boleh disifatkan teknologi yang agak moden dan canggih kerana Premium smart#1 ini didatangkan dengan kawalan iklim automatik dwi-zon, port USB-C dan pad pengecasan wayarles dan pencahayaan ambien 64 warna.

image.pngimage.png

Selain itu, ia hadir dengan skrin sentuh pusat bersaiz 12.8 inci iaitu sama seperti seterunya selain terdapat juga  arahan suara, navigasi, penstriman media, serta ketersambungan aplikasi.

Tidak ketinggalan, ia turut menawarkan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara iaitu buat julungnya hadir dalam industri automotif.

Seperti biasa, EV ini juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pelbagai ciri sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) yang biasanya terdapat pada kebanyakan EV bertaraf premium.

Apa yang cukup menarik, ia turut menawarkan kebolehan memandu separa autonomi Tahap 2+ serta tempat letak kenderaan autonomi .

image.pngimage.png

Maka, saya dapat simpulkan bahawa ia adalah salah satu kereta yang boleh dipandu dengan sendiri walaupun anda akan berasa kecut perut jika masih belum terbiasa dengan kecanggihan kereta seumpama ini.

Dengan adanya sistem bantuan ADAS, ia sebenarnya tidak membosankan sebaliknya ia membuatkan kami teruja untuk memandunya.

image.pngimage.png

Keseluruhan kabin smart #1 ini jelas terdapat kesan dari rekaan Mercedes, dan dapat dirasakan kualiti binaannya cukup tinggi dan premium.

PANDU UJI

image.png

Secara jelas, varian Premium sebenarnya cukup sesuai untuk kegunaan harian dan boleh juga digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja.

Apa tidaknya, ia yang didatangkan dengan  persediaan motor belakang tunggal dan pemacu belakang (RWD) membuatkan ia lebih seronok dipandu.

Untuk itu, varian Premium yang menggunakan kuasa daripada motor elektrik membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 268 hp dan tork 343 Nm.

image.png

Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.7 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 180 km/j.

Berbalik pada pandu ujinya, ia sebenarnya sangat berbeza dari segi pemanduan dan pengendalian varian pertengahan ini kerana ia lebih memfokuskan kepada keselesaan.

Ia menawarkan pemanduan lebih lembut berbanding varian Brabus yang dirasai lebih agresif sedikit.

Tidak kedengaran bunyi bising dalam kabin walaupun ia  didatangkan dengan cermin tanpa bingkai.

Ini jelas terbukti, Geely telah menyempurnakan tugas yang cukup hebat kerana menggunakan platform modular khas untuk EV,  Sustainable Electric Architecture (SEA) Geely.

Ia disokong dengan pengendalian yang hampir dengan kereta buatan Jerman. 

Bagaimanapun, ini hanya separuh keajaiban platform SEA tersebut…

CEPAT CAS

image.png

Separuh keajaibannya adalah tentang jarak gerak dan tempoh pengecasannya.

Untuk makluman anda, varian Premium smart#1, ini tidak seperti sebahagian besar pesaingnya yang lebih  murah atau harga yang lebih tinggi.

Ia sebaliknya menawarkan kebolehan pengecasan yang begitu  pantas.

Dengan pek bateri NCM  bersaiz 66kWj, ia mengambil masa tiga jam untuk baterinya penuh dari 10 hingga 80%.

image.pngimage.png

Sementara itu, jika menggunakan   pengecas pantas DC 150 kW, jumlah cas yang sama boleh dicapai dalam masa hanya 29 minit. 

image.png

Apa juga jenis pengecasnnya, kami mendapati kedua-duanya menawarkan pengecasan yang cukup pantas.

Malah, ia menawarkan perjalanan sejauh 440 kilometer dengan hanya sekali cas.

Kira oklah walaupun ia bukan peneraju dalam segmennya.

Bagaimanapun, tempoh perjalanan itu dilihat sudah  mencukupi untuk kebanyakan penumpang di kawasan bandar terutamanya bagi mereka yang menggunakan EV untuk kegunaan harian.

image.pngimage.png

Ini tidak bermakna varian ini tidak boleh bergerak jauh kerana rakan sekerja saya, Mukhlis telah memandu varian ini sehingga Pulau Pinang dengan hanya sekali cas .

Apa yang benar-benar membantu di sini ialah semua kemudahan mengakses pengecas sudah boleh diakses menerusi sistem navigasinya.

Lagipun, jangan risau untuk mencari stesen pengecas memandangkan dengan adanya  Hello smart, ia membolehka anda mencari  lokasi pusat pengecasan, siap dengan paparan kapasiti kuasa dan kadar yang ditawarkan sekali.

Bagi saya, penggunaan EV sebenarnya mengajar anda tentang aspek pemanduan berhemah, kepekaan dengan baki bateri dan memerlukan perancangan perjalanan.

HARGA

image.png

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dengan harga varian Premium ini?

Untuk makluman anda, ia dijual pada harga RM219,000. Ya, ia bukanlah murah namun dengan reka bentuk, kabin serta ciri teknologi yang ditawarkan, saya menganggap harga itu adalah setimpal.

Jika anda tidak bersetuju , apa kata anda pandu uji dulu?

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda bersama kami.


SPESIFIKASI

smart #1 Premium

 

MOTOR

1x rear e-motor

TRENKUASA

Single-ratio, rear-wheel-dive (RWD)

KUASA

268 HP

TORK

343 NM

0-100 KM/HJ

6.7 saat

V-MAKS

180 KM/J

BATERI&PENGECAS

Bateri:

66 kWj (jenis NMC)

 

Tempoh Pengecasan:

AC @ 22 kW - 10-80% dalam 3 jam

DC @ 150 kW - 10-80% dalam 29 minit

JARAK

440 KM (WLTP)

BERAT

1,800 KG (kerb)

HARGA

RM219,000

Gallery

Tag:

smart#
#premium
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
3 Stesen Pengecasan: smart Glenmarie, Pulau Pinang, Alor Setar

3 Stesen Pengecasan: smart Glenmarie, Pulau Pinang, Alor Setar

smart Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah memperluaskan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik .

06-11-2023
EV
Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik

Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik

Ada tawaran menarik buat pelanggan terawal yang menempah EV ini menerusi aplikasi Hello smart.

20-09-2023
Kereta Baru
smart#1 Dah Boleh Tempah Hari Ini!

smart#1 Dah Boleh Tempah Hari Ini!

Bayaran tempahan akan dikembalikan jika tak jadi beli.

30-08-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025