Link Copiedcheck_circle
Global

Omoda 7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,200 KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Auto memperkenalkan Omoda 7 PHEV pada  konvensyen  pengedar dan media di ibu pejabatnya di Wuhu, China baru-baru ini.

Walaupun ia juga dibina berdasarkan platform Omoda 5 namun, Omoda 7 PHEV kelihatan agak berbeza daripada adik-beradiknya yang lebih kecil.

image.png

Jika menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan jenis tajam dan reka bentuk bumbung yang terapung .

Dari segi dimensi, OMODA 7 PHEV memiliki ukuran panjang 4,621 mm, setinggi 1,673 mm dan selebar 1,872  mm.

Sementara itu, jarak roda pula sekitar 2,700 mm.

Menurut Chery Auto, Omoda 7 akan dikeluarkan dalam versi plug in hybrid namun pilihan bukan hibrid juga akan ditawarkan pada masa akan datang.

image.pngimage.png

Ia yang disumbat dengan  enjin petrol empat silinder 1.5TGDi yang digabungkan bersama sistem plug-in hybrid mampu menghamburkan kuasa setakat 154 hp dan tork 220 Nm.

image.png

Chery juga mendakwa bahawa dengan kuasa baterinya, Omoda 7 PHEV mampu bergerak sejauh 95 kilometer dan boleh bergerak sejauh 1,200 km sekiranya baterinya dan tangki minyaknya penuh.

Menjengah kabinnya, Omoda 7 didatangkan dengan skrin infotainment bersaiz 15.6 inci yang boleh digerakkan ke arah penumpang hadapan.

Selain itu, terdapat juga skrin dengan resolusi 2.5K dan tahap keterangan 1,000 nit ini boleh dikawal menggunakan gerakan, suara atau butang.

image.pngimage.png

Roda stereng dikatakan mendapat inspirasi daripada pengawal PlayStation 5 manakala tempat duduk hadapan pula dibentuk seperti tempat duduk permainan.

Apa yang cukup menarik ialah terdapat tempat untuk meletakkan pewangi supaya aromanya boleh menembusi ke dalam sistem pendingin hawa kenderaan.

Antara ciri yang lain terdapat jentera ini ialah sistem audio Sony 12+2 pembesar suara serta sistem pembatalan bunyi enjin.

image.png

Apapun, Omoda 7 akan dikeluarkan pada tahun ini, dan pastinya Chery Auto Malaysia akan membawa model baharu ini ke pasaran Malaysia.

Gallery

Tag:

Chery Omoda 7
Chery Omoda
Chery Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025
Global

Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x

Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.

26-12-2024
Gaya Hidup

OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked

Omoda menjalinkan kerjasama dengan Universal Pictures sempena pelancaran filem terbaharu berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked.

27-11-2024
Berita Auto

Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

12-08-2024
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024
Berita Auto

Perkembangan Terkini: Isu Gandar Omoda 5

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sudah menghubungi kesemua 60 pemilik Omoda 5 yang berhadapan dengan isu gandar belakang (Axle).

13-05-2024
Berita Auto

Chery M'sia Tembusi Pasaran Sabah

Ada berita baik untuk orang Sabah kerana jenama Chery sudah mendarat di Sabah.

18-03-2024
EV

Jadi Pelanggan Terawal, Boleh JIMAT Sampai RM11,000

Tempah awal OMODA E5, boleh jimat banyak.

08-03-2024

Berita Terkini

Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Global

Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,

17-06-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...

16-06-2025