Link Copiedcheck_circle
EV

SAIC Sasar Guna Bateri Keadaan Pepejal Secara Besar-Besaran Untuk EV Bermula 2026

Sofea Najmi

27-5-2024

Kongsi melalui

MG-EXE181-Hypercar-Concept-EV-1.jpg


Kereta konsep hypercar EV, EXE181, daripada jenama MG yang dimiliki oleh SAIC Motor.


Pengeluar kereta terbesar milik kerajaan China, SAIC Motor Corp. Ltd. (SAIC Motor) mengumumkan rancangan untuk menggunakan teknologi bateri keadaan pepejal dalam kenderaannya bermula 2025 ini sebelum pengeluaran teknologi bateri tersebut secara besar-besaran bermula tahun 2026. 


SAIC Motor mendedahkan rancangan pembangunan teknologi tersebut dalam satu persidangan teknologi baru-baru ini di China. Lebih ringan, lebih selamat, dan lebih padat tenaga, bateri keadaan pepejal dilihat sebagai satu pencapaian besar  dan penting untuk meningkatkan kebolehlaksanaan EV.


SAIC Motor menjelaskan bahawa rancangan ini bermula dengan penggunaan bateri “separa pepejal” terlebih dahulu, yang masih menggunakan cecair elektrolit (seperti yang terdapat pada bateri lithium ion). Ia akan digunakan pada model hibrid dan EV jenama-jenama di bawahnya iaitu MG, Baojun, Wuling dan lain-lain.


Baca: MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini


Seterusnya, bermula tahun 2026, bateri keadaan pepejal sepenuhnya akan dilancarkan, menjadikan SAIC sebagai syarikat pertama di dunia yang mengeluarkan dan menggunakan teknologi ini secara besar-besaran. 


740b2e85-6ac4-43cc-891a-2a6c96fdffb9_0.jpeg

Bateri keadaan pepejal yang dipamerkan oleh SAIC Motor semasa persidangan teknologi baru-baru ini. (Foto: Shine.cn)

SAIC-Maxus-Dajia7-EVMPV-(7).jpgMG-Cyberster-8.jpg

SAIC Motor rancang untuk menggunakan bateri keadaan pepejal bermula daripada model-model kereta di bawahnya seawal 2025 sebelum pengeluaran secara besar-besaran pada tahun 2026. 


Rancangan ini adalah jauh lebih awal berbanding pesaing lain seperti jenama automotif Jepun, Toyota, yang dilaporkan ingin memulakan pengeluaran besar-besaran pada tahun 2030 walaupun ia telah mempunyai prototaip kereta elektrik dengan teknologi tersebut yang kini sedang diuji. 


Sementara itu, Nissan pula merancang untuk mengeluarkan kenderaan dengan teknologi bateri tersebut lebih awal berbanding Toyota iaitu pada tahun 2028, tetapi sasaran ini dilihat agak sukar untuk dicapai memandangkan Nissan baru sahaja memberikan tumpuan kepada EV.


Baca: Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!


Pencapaian negara China dalam teknologi bateri ini akan memberikan saingan yang sengit dan ancaman besar kepada syarikat automatif lain, terutamanya daripada negara-negara barat. Namun, hanya masa yang akan menentukan sama ada semua sasaran yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat gergasi ini realistik atau pun tidak untuk dicapai. 


Pembangunan bateri keadaan pepejal telah lama dilakukan, namun sehingga kini, ia masih belum berjaya dikeluarkan secara besar-besaran. Nantikan perkembangannya dari masa ke masa yang akan kami kongsikan di CariCarz.com


Sumber: Autohome.com.cn via TheDrive.com

Tag:

SAIC Motor Corp. Ltd. (SAIC Motor)
Bateri Keadaan Pepejal
bateri separa pepejal
Toyota
Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

14-03-2025
Global

14-03-2025
EV

12-03-2025
Berita Auto

07-02-2025
Global

05-02-2025
Global

02-01-2025
Kereta Baru

23-12-2024
Berita Auto

12-12-2024

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025