Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subsidi Bahan Api Akan Dihentikan Pada Waktu Yang Tepat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Anwar-Bloomberg-(4).jpg


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan untuk menyusun semula perbelanjaan, termasuk mengurangkan subsidi berlebihan, demi mengurangkan beban hutang kerajaan. Tetapi beliau masih belum menetapkan tarikh tepat untuk penghapusan subsidi bahan api.


“Bagi saya, yang paling utama adalah bagaimana melaksanakan reformasi ini tanpa menyusahkan golongan miskin,” katanya dalam satu wawancara dengan wartawan Bloomberg Television, Haslinda Amin, semasa Forum Ekonomi Qatar.


Di awal pentadbirannya, Anwar berjanji untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan hutang kerajaan, yang kini melebihi 60% daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK). Kerajaan Malaysia telah menanggung sebahagian besar kos bahan api dan minyak masak bagi rakyat, yang dilaporkan mencapai RM81 bilion pada tahun lepas. 


Anwar-Bloomberg-(6).jpg


Anwar mencadangkan untuk menggantikan program subsidi yang meluas kepada bersasar pada tahun ini untuk membantu mengurangkan defisit Belanjawan 2024 daripada 5% kepada 4.3% daripada KDNK.


Walaupun reformasi ini berkemungkinan meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur asing, ia juga boleh menjejaskan populariti Anwar yang semakin merosot sejak beliau mengambil alih jawatan pada akhir tahun 2022 kerana ketidakpuasan hati terhadap dasar ekonomi kerajaan.


Anwar-Bloomberg-(5).jpg


Awal bulan lepas, media asing melaporkan bahawa Anwar bercadang untuk memulakan subsidi minyak bersasar pada bulan Jun. Bagaimanapun, perkara ini dinafikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dengan menyatakan bahawa isu itu masih belum dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. 


Isu subsidi minyak bersasar ini menerima kritikan hebat di media sosial termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula penghapusan subsidi kerana boleh menyebabkan isu fiskal.  


Sumber: Bloomberg


Tag:

Perdana Menteri Malaysia
Subsidi bahan api
Subsidi Minyak
Subsidi Bersasar
MySubsidi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

BUDI95: Kerajaan Jimat RM800 Juta Hasil Pelaksanaan Budi95

Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing.

21-12-2025
EV

Malaysia Akan Terus Tarik Syarikat Automotif China Rancakkan Sektor Automotif Negara

Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai syarikat China melabur dalam sektor automotif tempatan.

08-05-2023
Berita Auto

Chery Bincang Pelan Pelaburan & Arah Pembangunannya Di Malaysia Semasa Kunjungan Anwar Ke China

Chery International dijemput untuk membincangkan pelan pelaburan dan arah pembangunannya di Malaysia.

03-04-2023
Berita Auto

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan

Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.

05-05-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Sistem PADU Tentukan Kelayakan Subsidi RON95 – Menteri Kewangan

Kerajaan dilaporkan akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

09-09-2025
Berita Auto

Subsidi RON95 Diteruskan Atau Tidak, Ini Jawapan PM

Nampaknya, kerajaan akan meneruskan rancangan untuk rasionalisasi subsidi RON95 dalam tempoh terdekat ini.

17-06-2025
Berita Auto

Rafizi: Kenaikan RON95 Akan Dibuat Mengejut; Ong: Kerajaan Perlu Sedia Terima Tentangan

Kerajaan tidak akan memberi notis awal mengenai keputusan untuk menghentikan subsidi RON95.

01-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026