- Berita
- Berita Auto
- Baru 18 Tahun, Dah Pandai Hulur RASUAH
Baru 18 tahun, dah pandai hulur rasuah, itupun RM50.
Itu tindakan seorang remaja lelaki yang cuba memberi suapan sebanyak RM50 kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk lulus ujian lesen memandu kereta (Kelas D).
Kejadian itu berlaku di sebuah akademi ujian memandu di Kuala Kangsar, semalam.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Sabri Mohamed mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, tawaran remaja itu bagaimanapun ditolak oleh anggota JPJ itu yang kemudian membuat laporan kepada SPRM.
Susulan itu, remaja berkenanan ditahan dan sudah pun dibebaskan selepas keterangannya diambil.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari