- Berita
- Kereta Baru
- C43 Versi CKD, 408 PS/500 Nm

Mercedes-AMG C43 4Matic yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) dijual pada harga RM443,888.
Ia dipasang di kilang Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Pekan, Pahang.
Difahamkan, C43 4Matic ini sudah tidak lagi menggunakan enjin V6 pengecas turbo seperti mana versi pendahulunya.
Sebaliknya, kereta sedan berlencana AMG ini disumbat dengan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV) yang kini menggunakan enjin pengecas turbo 2.0 liter 4-silinder biasa.

Ini membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 408 PS dan tork 500 Nm.
Dengan lencana 4Matic, sudah tentu model ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AMG 4Matic AWD.
Untuk makluman, jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.6 saat.


Sementara itu, kelajuan maksimum jentera ini adalah 250 km/j atau 265 km/j tetapi jika pembeli memilih opsyen AMG Driver Package, ia mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 265 km/j.

Secara visual, C43 4Matic adalah model W206 C-Class paling sporty yang akan dilancarkan di Malaysia, gara-gara menerima pelbagai alat ganti dan sentuhan AMG.
Ia dipasang dengan gril hadapan signatur 'Panamericana' dengan lambang AMG , terdapat empat ekzos, ada lencana 'Turbo Electrified' baharu pada spatbor hadapan.
Mengenai roda pula,, C43 didatangkan dengan set rim bersaiz 18 inci,dan terdapat pilihan untuk menaik taraf kepada saiz 19 inci.

Selain itu, sentuhan AMG diteruskan ke bahagian kabin kerana ia dihiasi dengan , warna hitam-merah.


Kesemua tempat duduk dibalut dengan upholsteri kulit sintetik khas Artico yang dibarisi dengan beberapa kemasan gentian Microcut dengan jahitan merah.
Menyentuh mengenai kabinnya, ia juga didatangkan dengan sistem audio premium Burmester yang disambungkan pada unit infotainmen MBUX 11.9 inci, selain terdapat juga instrumen digital 12.3 inci dengan paparan kepala (HUD).
Tidak ketinggalan, tempat duduk hadapan juga agak sporty dan berlencana AMG, stereng AMG Performance, karpet kaki AMG, pedal sports AMG serta pelbagai trim gentian karbon.

Seperti yang dijangkakan dalam mana-mana Mercedes-Benz baharu, AMG C43 4Matic juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej letak kereta dengan kamera 360 darjah serta GUARD 360° Perlindungan Kenderaan.

Bagi yang berminat, jentera ini sudah boleh ditempat di semua pengedar sah Mercedes-Benz di seluruh negara.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
