Link Copiedcheck_circle
Global

Dalam 5 Bulan, China Dah Eksport Lebih 2.45 Juta Kereta?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bayangkan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, China mencapai kemajuan luar biasa dalam pasaran automotif global apabila sudah mengeksport lebih 2.45 juta kenderaan.

Ini bermakna terdapat peningkatan 26% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Maka, tidak hairanlah mengapa China berjaya  mengeksport 568,000 kenderaan pada bulan Mei sahaja. Angka ini menandakan peningkatan 29% tahun ke tahun dan pertumbuhan jualan 2% bulan ke bulan.

image.pngimage.png

Itu pendedahan yang dibuat Setiausaha agung Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), Cui Dongshu, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan apabila data menunjukkan jumlah nilai eksport kenderaan China dari Jan hingga Mei 2024 adalah RM 215.2 bilion dimana ia mencatatkan kadar pertumbuhan 20.1%. 

Dikhabarkan, purata harga eksport kereta kekal konsisten kerana angka yang dicatatkan pada 2023 pada kira-kira RM 88,350 setiap kenderaan.

Antara  lima pasaran eksport teratas untuk kenderaan China (pada Mei 2024)  ialah Rusia (103,763 kenderaan), Brazil (53,164 kenderaan), Mexico (42,192 kenderaan), Belgium (28,851 kenderaan) dan UAE (28,661 kenderaan).

image.pngimage.png

Data tersebut menunjukkan  kedudukan Rusia sebenarnya merupakan pengimport utama kenderaan China.

Sebaliknya, pasaran lain seperti Australia, Sepanyol, Israel, Thailand dan Ecuador mengalami penurunan ketara dalam mengimport kenderaan China.

image.png

Pada masa yang sama, eksport kenderaan tenaga baharu (NEV) China juga menyaksikan pertumbuhan yang agak luar biasa. 

Pada Mei 2024, 207,000 NEV telah dieksport, menandakan peningkatan 33% tahun ke tahun. 

Dari Januari hingga Mei 2024, jumlah eksport NEV mencecah 870,000 unit, angka itu dilihat meningkat 29% daripada tahun sebelumnya.

Dikhabarkan, lima pasaran eksport teratas untuk NEV China ialah Brazil (45,501 kenderaan), Belgium (26,502 kenderaan), United Kingdom (16,859 kenderaan), Mexico (8,680 kenderaan) dan Thailand (8,174 kenderaan).

Pertumbuhan eksport kenderaan hibrid plug-in (PHEV) juga dilonjakkan oleh pasaran seperti Brazil dan Mexico. 

Bagaimanapun, terdapat penurunan dalam import PHEV di Belgium, Perancis, Jerman, Israel dan UAE.


Gallery

Tag:

China Passenger Car Association (CPCA)
PHEV
NEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?

Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.

30-01-2026
EV

Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia

Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.

22-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Kereta Baru

Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.

26-09-2025
Global

BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.

13-08-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
Global

Chery Fulwin A8L Capai Lebih 2,000 KM! PHEV Dengan Jarak Perjalanan Terpanjang Di Dunia

Chery telah memperluaskan barisan Fulwin hibrid plug-in (PHEV) di China dengan memperkenalkan Fulwin A8L, sedan empat pintu yang kini memegang rekod sebagai PHEV dengan jarak pemanduan terpanjang di dunia.

19-12-2024

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026