Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

J7 Akan Dilancar Pada 19 Julai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jaecoo Malaysia melancarkan Pusat Pengedar 3S pertamanya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Pusat pengedar itu akan dikendalikan oleh  ES Premium Holdings Sdn Bhd dan 34 outlet juga akan dibuka di kawasan  lain dalam beberapa bulan lagi.

image.png

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, pihaknya cukup teruja melancarkan pusat pengedar itu di tengah-tengah Glenmarie.

“Ini sekali gus membuktikan kesediaan JAECOO untuk memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia.

“Pelaburan kami di pusat pengedar  Glenmarie yang bernilai RM5.5 juta, merupakan petunjuk komitmen kami untuk mengembangkan pasaran SUV off-road  premium untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

image.pngimage.png

Fasiliti itu yang dibina di atas tanah keluasan 40,000 kaki persegi menawarkan khidmat selepas jualan, penyimpanan alat ganti dan bermacam-macam lagi.

Pusat pengedar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang istirehat, terdapat surau, ruang minum kopi selain sambugan internet .

image.pngimage.png

Difahamkan, fasiliti ini mampu melakukan penyelenggaran 500 kenderaan kemudahan sebulan  yang akan dikendalikan oleh juruteknik terlatih.

Selain itu, ada juga ruang untuk pameran barisan kenderaan elektrik Jaecoo yang akan dipamerkan dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Jaecoo Malaysia, sebaik sahaja kesemua 35 pengedar dilancarkan, rangkaian perkhidmatan Jaecoo akan mempunyai kira-kira 180 ruang servis di seluruh negara.

image.png

Rangkaian pengedar Jaecoo Malaysia disokong oleh gudang alat ganti kereta dan kilang pengeluaran yang dilancarkan baru-baru ini di Shah Alam. 

Apa yang cukup menarik ialah Jaecoo J7 akan menjadi model pemasangan tempatan (CKD) yang pertama di Malaysia dan ASEAN.

Pelancaran J7 akan bermula selama tiga hari bermula dari 19 - 21 Julai di Pusat 3S yang terletak di  Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Shah Alam.


Gallery

Tag:

Jaecoo J7 AWD
Jaecoo Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.

27-10-2025
EV
Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!

Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!

Jaecoo J7 PHEV berjaya melepasi jangkaan apabila berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,300 kilometer dengan satu isian minyak dan hanya sekali cas penuh.

18-10-2024
Pandu Uji
JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?
Berita Auto
Jenama Jaecoo Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia

Jenama Jaecoo Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia

Jaecoo Malaysia yakin bahawa jentera off-road, Jaecoo J7 dan Jaecoo J8 akan diterima baik oleh rakyat di negara ini.

18-03-2024
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Berita Auto
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

20-01-2026
Berita Auto
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Kereta Baru
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

18-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026