- Berita
- Pandu Uji
- JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?
Pada dua minggu lepas, team CariCarz.com berpeluang memandu uji jentera terbaharu Jaecoo, J7 di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC), Semenyih.
Untuk makluman anda, M4TREC adalah penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan medan yang pelbagai dan mencabar.
Ujian ini merupakan bukti penilaian yang menuntut terhadap prestasi kenderaan off- road.
Jadi jemputan media ini sebenarnya memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri kehebatan SUV Off-Road ini di pelbagai permukaan yang mencabar.
Setiap penulis diberi sebuah unit Jaecoo J7 namun kami ditemani wakil JAECOO yang membantu kami untuk meredah pelbagai laluan mencabar.
Kami berpeluang mencuba enam laluan: ujian sisi cerun, ujian artikulasi, ujian lintasan bukit (ridge crossing), ujian harungi air, ujian harungi air yang dalam serta ujian “roller ramp”.
UJIAN ROLLER RAMP
Buat sesi pertama rakan saya Mukhlis Azman melakukan pemanduan di tapak ujian Artikulasi dimana J7 yang kami naiki mengeluarkan bunyi yang agak kasar ketika melalui laluan ini.
Ujian ini sebenarnya bertujuan mempamerkan kepantasan sistem AWD dalam mengagihkan tork pada keempat-empat roda sambil mengekalkan kestabilan.
Selain itu, percaya atau tidak, sistem AWD Pintar JAECOO J7 turut menampilkan tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat bagi intervensi sistem AWD.
Malah, ia menunjukkan keberkesanan kawalan cengkaman kenderaan ini yang bekerjasama dengan sistem AWD untuk memastikan tahap tork tepat yang diperlukan oleh setiap roda untuk membolehkan kenderaan bergerak dalam keadaan licin.
Walaupun agak sukar pada mulanya, namun ia jentera ini sememangnya menawarkan kawalan cengkaman yang cukup padu pada semua rodanya.
Kami kemudian beralih ke tapak ujian kedua:
UJIAN ARTIKULASI
Untuk makluman anda, ujian ini menunjukkan kekukuhan dan integriti struktur kenderaan terbabit.
Secara amnya, lenturan berlebihan yang menghasilkan bunyi menunjukkan kemungkinan hadirnya kelemahan pada struktur.
Semua varian JAECOO J7 memaparkan penggunaan lebih dari 80% keluli berkekuatan tinggi yang melepasi tahap jenama-jenama premium besar dalam pasaran.
Tahap kekukuhan yang tinggi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan berkeyakinan.
Hakikatnya, apabila SUV ini menjalani ujian artikulasi, pintu J7 didapati masih boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.
Dalam pada itu, demonstrasi ujian ini juga menunjukkan intervensi sistem AWD SUV ini yang beroperasi bersama-sama dengan sistem kestabilan. Pemindahan tork dapat dilihat berlaku dari roda yang diangkat (dimana tork tidak diperlukan) ke 3 roda lain.
UJIAN SISI CERUN
Ujian ini pula mempamerkan keupayaan J7 dengan mengekalkan kestabilan apabila memandu di atas permukaan cerun.
Ia juga membantu menentukan sama ada kenderaan masih selamat atau di tahap berisiko untuk terbalik.
Walaupun ketika ujian ini saya berada di belakang, saya berasa seolah-olah kereta yang dinaiki kami itu akan terbalik.
Namun, ia hanya imiginasi saya!
Sebaliknya, apabila berada di sisi cerun, anda perlu memandunya secara perlahan-lahan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Apa yang pasti, ketika kami bertiga menempuh permukaan yang cukup bercerun itu, ia sebenarnya memberikan cabaran kepada sistem kawalan cengkaman model J7.
Apapun, Intervensi sistem AWD hanya mengambil masa 0.1 saat untuk mengagihkan tork dengan tepat manakala brek roda pula dilihat mengawal putaran roda untuk mengelakkan kegelinciran.
Intervensi sistem kestabilan J7 juga dilihat menggunakan brek secara berpada-pada atau aras pendikit secara terpilih untuk mengelakkan oversteer atau understeer pada kelajuan rendah.
Untuk bab turun bukit, kawalan turun bukit/curam boleh diaktifkan untuk membolehkan peralihan menuruni bukit secara stabil.
Pemandu juga boleh menyesuaikan tetapan permukaan jalan mengikut 7 tahap mod.
UJIAN HARUNGI AIR
Untuk ujian ini, jarak kelegaan tanah tinggi sebanyak 200mm serta roda aloi 19-inci membolehkan J7 menavigasi dengan mudah melalui landskap yang sukar dan meredah air sedalam 600mm dengan mudah.
UJIAN LINTASAN BUKIT
Bagi ujian mengharungi berbukit, saya mulanya agak gementar kerana SUV ini seolah-olah mahu terbalik.
Apa tidaknya, sudut pendekatan J7 berada pada 21 darjah manakala sudut berlepas adalah 29 darjah.
Ini memastikan SUV ini boleh mengemudi sambil memastikan bahagian belakangnya melepasi halangan tanpa sebarang geseran.
Ciri ini agak penting untuk kenderaan ‘off road’ agar membolehkannya merentasi bukit yang curam dan permukaan berbatu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada bahagian belakang (bampar) atau bahagian bawah kenderaan (undercarriage).
HARUNGI AIR DALAM
Keupayaan model J7 untuk mengharungi air sedalam 600mm memastikan prestasinya tidak terjejas serta tiada kerosakkan pada mana-mana komponen kenderaan.
Ciri ini penting untuk kenderaan ‘off road’ ini agar memudahkan rentasan pelbagai jenis permukaan tanah, termasuk lintasan air cetek dengan penuh keyakinan dan boleh dipercayai.
Pada mulanya, saya sukar percaya kami mampu atau tidak meredah air sedalam 600 mm namun semuanya berjalan lancar namun ketika ujian ini dilakukan, sistem penghawa dingin terpaksa ditutup bagi mengelakkan air memasuki ke dalam enjin.
Bagi yang berminat dengan Jaecoo J7, ia dilengkapi dengan enjin 1.6TGDI, dimana model J7 memberikan kuasa maksimum sebanyak 194hp dan 290Nm tork.
Dengan adanya, transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7-DCT) ini membolehkan peralihan kelajuan sepantas 0.2 saat.
Bagi saya, ia adalah pilihan terbaik bagi mana-mana individu yang gemarkan model SUV dan pada masa sama, suka melakukan aktiviti lasak pada hujung minggu.
Bagi saya, JAECOO J7 adalah kereta dua alam dimana ia boleh menawarkan pengendalian yang cukup baik di atas jalan raya dan kehebatan di laluan off-road sudah tidak dapat lagi.
Gallery













Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari