Link Copiedcheck_circle
EV

Jenama EV Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Di Bawah Sentinel Automotive

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-Malaysia-(5).jpg


Pengeluar kenderaan elektrik (EV) premium China, Zeekr, dijangka akan melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia tahun ini selepas mengadakan acara pratonton untuk rakan kongsi perniagaan dan pelabur berpotensi di Kuala Lumpur.


Rakan Niaga Tempatan Telah Dipilih? 


Bertentangan dengan jangkaan sebelum ini yang menyebut PRO-NET akan mengendalikan jenama tersebut, Zeekr telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sentinel Automotive Sdn Bhd untuk pasarannya di Malaysia, dedah CarNewsChina


Kenapa Tidak Memilih PRO-NET?


Tindakan ini mungkin dibuat kerana PRO-NET kini disibukkan dengan model elektriknya sendiri, smart dan juga model elektrik akan datang daripada Proton. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Geely memilih untuk melantik  sebuah entiti baharu bagi menguruskan Zeekr di Malaysia. 


Baca: Proton Bakal Keluarkan 7 Kereta Elektrik Termasuk Persona, Iriz, Exora & Saga?

Baca: Projek Solar PROTON Berjaya Jimatkan Elektrik Lebih RM10 Juta


Sentinel Automotive Sdn Bhd


Zeekr-SentinelAutomotive-SSM-SoyaCincau.jpg


Apa yang kita tahu setakat ini mengenai Sentinel Automotive Sdn Bhd? Maklumat daripada pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan segalanya.


Lotus-Eletre-Launch-Malaysia.jpg


Pengasas Lotus Kars, Mohammed Reza Abdul Mutalib (kiri) semasa majlis pelancaran Lotus Eletre tahun lepas.


Sentinel Automotive Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Karrus Automotive, yang ditubuhkan oleh Mohammed Reza Abdul Mutalib, yang juga pengasas Lotus Karz, pengimport rasmi kenderaan Lotus di Malaysia, lapor SoyaCincau


Barisan Model Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia


CarNewsChina melaporkan bahawa Zeekr akan memperkenalkan dua model EV untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu crossover elektrik, Zeekr X dan MPV elektrik, Zeekr 009.


Crossover EV: Zeekr X


2023-zeekr-x-exterior-front-three-quarter-view.jpg2023-zeekr-x-exterior-rear-three-quarter-view.jpg


Dibangunkan berdasarkan platform SEA Geely, Zeekr X ialah SUV crossover elektrik dalam segmen B yang dibina berdasarkan platform SEA seperti smart #1. Di China, ia ditawarkan dalam beberapa pilihan iaitu sama ada versi motor tunggal, pacuan roda belakang (AWD) dan dua motor, pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri NMC berkapasiti 66 kWj. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 22 kW dan DC 150 kW, seperti smart #1. 


MPV EV: Zeekr 009


Zeekr-009-EVMPV-4.jpgZeekr-009-EVMPV-2.jpg


Juga berdasarkan platform SEA Geely, Zeekr 009 ditawarkan di pasaran China dalam versi trenkuasa dua motor AWD dengan output 536 hp (400 kW), dikuasakan oleh bateri CATL yang berkapasiti 116 kWj atau 140 kWj, memberikan kenderaan kemampuan untuk mencapai jarak EV maksimum  sehingga 822 km (CLTC). 


Cawangan Pertama Zeekr Di Malaysia


Zeekr dan Sentinel Automotive kini sedang bersedia untuk menerima kedatangan kedua-dua model ini di Malaysia. Menurut CarNewsChina, cawangan pertama Zeekr akan dibuka di Kuala Lumpur, diikuti oleh bandar-bandar lain di Selangor dan Pulau Pinang dalam tahun ini. Memandangkan penghantaran Zeekr X dan 009 dijadualkan untuk bermula pada suku ketiga tahun ini, kita boleh menjangkakan pelancaran jenama ini di negara kita akan diadakan tidak lama lagi. 



Tag:

Zeekr
Zeekr 009 EV MPV
Zeekr X
Zeekr Malaysia
Sentinel Automotive Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026