Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 30,000 Pemohon Budi Madani Bakal Terima Tunai RM200 Pada 10 Jun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-RON95-B10Diesel-FuelPump-(2).jpg


Kerajaan telah meluluskan lebih daripada 30,000 permohonan bantuan subsidi tunai melalui inisiatif Budi Madani untuk individu, petani dan pekebun kecil komoditi. 


Penyaluran Bantuan Tunai


Penerima akan menerima bantuan tunai pertama sebanyak RM200 pada 10 Jun melalui akaun bank atau boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional dengan membawa MyKad.


Buat Permohonan Awal Supaya Terima Bantuan Pada Bulan Jun


"Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan terbabit dan bulan seterusnya.


"Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024," jelas Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan. 


BudiMadani.jpg


Permohonan akan disemak silang dengan data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengecualikan pemilik kenderaan mewah dan individu berpendapatan tinggi. 


Permohonan Yang Gagal


Berdasarkan data permohonan, kebanyakana permohonan yang tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan, termasuk pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian berkaitan.


Semakan dan Rayuan


Pemohon yang tidak berjaya dinasihatkan untuk membuat semakan permohonan dan mengemukakan rayuan melalui laman sesawang Budi Madani di https://budimadani.gov.my.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian bantuan BUDI MADANI atau melalui e-mel di budimadani@treasury.gov.my. Pertanyaan lanjut boleh diajukan di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.


Budi Madani: Satu Reformasi Subsidi


Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Ikhtiar BUDI MADANI mencerminkan usaha bersepadu jentera Kerajaan MADANI dalam memastikan mekanisme penyasaran subsidi diesel adalah komprehensif, cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi.”

Kenyataan Penuh Daripada Kementerian Kewangan Berkenaan Perkara Ini

MoF-BudiMadani-PressRelease.jpg

Tag:

BUDI Madani
Subsidi Bersasar
Bantuan Tunai
Permohonan Budi Madani
Subsidi Diesel
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

06-06-2024
Berita Auto

05-06-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026