Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW-Group-Malaysia-Commemorates-Exceptional-Dealerships-and-Individuals-at-the-Prestigious-BMW-Group-Malaysia-Dealer-Awards-Night-2024.jpg

Lebih 200 tetamu hadir pada majlis  Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, sebanyak 23 pengedar sah BMW, MINI dan BMW Motorrad di seluruh negara diiktiraf atas perkhidmatan cemerlang dalam menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, matlamat mereka sebenarnya bukan setakat pengeluar kenderaan premium tetapi mahu mencipta kejayaan dalam inovasi automotif selain meningkatkan pengalaman pemilikan mewah buat pelanggan. 

“Kami melihat dan berbangga dengan barisan pekerja kami yang telah mencurahkan segala kepakaran dan usaha demi memastikan pengedar sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti premium.

“Melalui usaha kolektif para pekerja, mereka telah mewujudkan reputasi luar biasa yang mencerminkan kecemerlangan dalam industri automotif tempatan, sekaligus mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar terkemuka kenderaan elektrik premium di Malaysia,” katanya.

1-(3).jpg

Untuk makluman, pensijilan BMW Product Genius mengiktiraf profesional khas yang terlatih daripada pelbagai pengedar di Malaysia yang berjaya memberikan pengalaman peribadi yang eksklusif kepada pelanggan sejak permulaan perjalanan Pengalaman Pemilikan BMW.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Niaga Rantau Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika, Jean-Philippe Parain berkata, BMW Group Malaysia telah mencatatkan pencapaian yang luar biasa, terutamanya mengekalkan kedudukan Nombor Satu dalam segmen automotif premium di Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut.

“Malaysia juga muncul sebagai peneraju di rantau Asia-Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika dari segi penghantaran kenderaan elektrik untuk Kumpulan kami,” katanya.

1-(4).jpg

Menerusi acara itu, penyampaian anugerah itu diadakan dalam 10 kategori:

BMW Product Genius 2023

BMW Aftersales Vision Club 2023

BMW Motorrad Dealer Award 2023

Penasihat Jualan Terbaik untuk Kontrak Pembiayaan Tertinggi 2023

Penasihat Jualan Terbaik Easy Drive 2023 

Pengedar BMW Paling Menyokong 2023

Pendaftaran Tertinggi untuk Perkhidmatan Kewangan 2023

Misi Issigonis Club Award 2023

BMW Vision Club Award 2023 

BMW Excellence Club Award 2023 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 


Tag:

MINI
BMW Motorrad
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-05-2025
EV

24-02-2025
Kereta Baru

08-01-2025
Berita Auto

13-11-2024
EV

25-10-2024
Global

23-10-2024
EV

15-10-2024
Global

09-10-2024

Berita Terkini

Gaya Hidup

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.

17-09-2025
Gaya Hidup

Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K

PROTON menganjurkan pertandingan fotografi peringkat nasional bertemakan “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, khas untuk rakyat Malaysia.

20-08-2025
Gaya Hidup

UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'

UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.

28-05-2025
Gaya Hidup

Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit

Brabus kini sedang membina sebuah pulau eksklusif khas untuk golongan ‘ultra’ kaya dengan pembinaan Brabus Island yang kini sedang dibangunkan di kawasan tepi laut.

05-05-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
Gaya Hidup

Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri .

16-04-2025
Gaya Hidup

Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX

Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.

11-04-2025
Gaya Hidup

Pro-Net Anjur Syawal Ikonik 2025 Bersama Proton e.MAS 7, Santuni 40 Anak Madrasah

PRO-NET menganjurkan konvoi Syawal Ikonik bersama Proton e.MAS 7, baru-baru ini.

28-03-2025