Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AirAsia Kini Mula Terbang Dari Subang, Untung Orang Subang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas 23 tahun, AirAsia kembali semula beroperasi pada 30 Ogos ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Perkara itu disahkan Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra dengan menyifatkan ia merupakan satu  pencapaian penting dalam sejarah syarikat penerbangan itu selepas 23 tahun tidak beroperasi di lokasi terbabit.

"Keputusan untuk kembali beroperasi di Lapangan Terbang Subang sebagai lapangan terbang kedua di Kuala Lumpur didorong oleh beberapa faktor dan peluang yang ditawarkan.

"Lokasi lapangan terbang ini yang berdekatan dengan pusat bandar menawarkan pengalaman perjalanan lebih mudah untuk tetamu di kawasan setempat.

image.png

“Selain itu, saiznya yang lebih kecil dan jumlah penumpang yang lebih rendah memastikan perjalanan lebih lancar untuk pengembara, sejajar dengan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman para tetamu secara keseluruhan dengan menawarkan lebih fleksibiliti dan pilihan, serta menggalakkan persaingan sihat dalam industri penerbangan negara,” katanya.

DI sebalik pengoperasian di lokasi baharu, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan dari Subang ke Kuching bermula daripada RM88 termasuk semua sehala dan ke Kota Kinabalu bermula daripada RM99 termasuk semua sehala dan bagasi daftar masuk 15 kilogram percuma.

Tambang promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com bermula hari ini sehingga 28 Julai 2024 untuk tempoh perjalanan antara 30 Ogos 2024 hingga 8 Oktober 2025.


Gallery

Tag:

Lapangan Terbang Subang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026