Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga Rasmi MINI Cooper S & Countryman Diumumkan – Dari RM258,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-MINIMalaysia-MAS2024-2.jpg


MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) hari ini melancarkan kenderaan elektrik (EV) MINI Cooper SE generasi keempat serta mengumumkan harga rasmi bagi model versi petrolnya,  MINI Cooper S dan juga dua model Countryman generasi ketiga.


Klik MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888 untuk laporan selanjutnya mengenai model elektrik terbaru ini. 


Untuk makluman pembaca, ketiga-tiga model, MINI Cooper S, MINI Countryman SE ALL4 dan MINI JCW Countryman ALL4 telah dipertontonkan semasa acara Malaysia Auto Show 2024 pada bulan Mei lalu di MAEPS. Kini sempena acara ‘The New MINI Family’ yang diadakan di JioSpace, PJ, harga rasminya di pasaran diumumkan. 


Caricarz-MBA-MINI-Cooper-S-MAS2024-4.jpg


MINI Cooper S 


Untuk model hatchback tiga pintu versi petrol, MINI Cooper S ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM279,888, iaitu RM86,000 lebih tinggi berbanding kembarnya dalam versi EV, MINI Cooper SE.


Caricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-6.jpgCaricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-4.jpg


MINI Countryman SE ALL4 (kiri) dan MINI JCW Countryman ALL4 (kanan)


Seterusnya, model crossover yang kini dalam generasi ketiga, Countryman SE ALL4 elektrik ditawarkan pada harga bermula daripada RM258,888, manakala model enjin pembakaran dalaman (ICE),  MINI JCW Countryman ALL4 pula berharga RM389,888.


Waranti Lanjutan


Harga ini tidak termasuk pilihan tambahan iaitu waranti lanjutan yang menawarkan perlindungan standard tambahan empat tahun berbanding dua tahun. Waranti lanjutan ini boleh didapati dengan bayaran RM10,400 (Cooper S), RM7,400 (Countryman SE ALL4) dan RM12,100 (JCW Countryman ALL4).


Waranti Bateri EV


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-1.jpg


MINI Cooper SE


Pembelian model elektrik iaitu MINI Cooper SE dan MINI Countryman SE ALL4, adalah termasuk waranti bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km.


Kesemua empat model baharu ini boleh disaksikan dengan lebih dekat esok semasa “The New MINI Family” di JioSpace, PJ.


Baca: MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888


Baca: MINI Countryman SE & JCW Elektrik Dilancarkan Hari Ini – Harga Dari RM260K


Baca: MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K

Tag:

2024 MINI JCW Countryman ALL4
2024 MINI Countryman SE ALL4
2024 MINI Cooper SE
2024 MINI Cooper S
MINI Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pandangan Pertama: EV MINI Cooper & EV MINI Countryman 2024

BMW akhirnya mendedahkan MINI Cooper dan MINI Countryman 2024 versi elektrik (EV) untuk tatapan umum.

04-09-2023
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000

MINI Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran varian petrol terbaru bagi Countryman generasi ketiga (U25) iaitu MINI Countryman S ALL4.

08-01-2025
Gaya Hidup

Lebih 500 Pemilik MINI Serikan Malaysia MINI Day

Acara Malaysia MINI Day yang julung kalinya diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 500 pemilik kereta MINI.

28-10-2024
EV

Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu

ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia, telah melancarkan stesen pengecasan EV yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

20-09-2024
Berita Auto

MINI Malaysia Perkenal Program MINI Impact – Program Intensif untuk Startup Teknologi

MINI Malaysia telah melancarkan Program MINI Impact oleh URBAN-X.

15-08-2024
Berita Auto

Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!

Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.

24-07-2024
Kereta Baru

MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888

MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...

12-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025