Link Copiedcheck_circle
EV

Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik

Sofea Najmi

26-7-2024

Kongsi melalui

NextGen-Porsche-Cayenne-EV-3.jpg


Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga. Buat pertama kalinya, jenama kereta mewah dari Stuttgart, Jerman ini mendedahkan butiran dan imej teaser rasmi SUV generasi seterusnya kepada umum. 


Versi Elektrik Pertama


Porsche-Chairman-Oliver-Blume.jpgPorsche-Cayenne_Turbo_E-Hybrid-2024-(2).jpg


Yang menariknya, Cayenne generasi terbaru itu nanti  akan hadir dalam versi elektrik penuh (EV) buat pertama kali dalam sejarahnya. EV tersebut akan dijual bersama dengan versi sedia ada yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini bermakna dalam beberapa tahun akan datang, Cayenne akan ditawarkan di pasaran dalam tiga pilihan rangkaian kuasa iaitu ICE, hibrid dan EV.


Baca: Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand


“Porsche sedang maju ke hadapan dengan pembangunan model hibrid dan enjin pembakaran dalaman secara serentak.  Sehingga dan selepas 2030, SUV ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan rangkaian kuasa di seluruh dunia,” dedah kenyataan rasmi Porsche.


Komitmen Terhadap Model Enjin Pembakaran Dalaman


Porsche-Cayenne_Turbo_E-Hybrid-2024-(5).jpgPorsche-Cayenne_Turbo_E-Hybrid-2024-(4).jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Porsche AG, Oliver Blume berjanji bahawa pelanggan masih boleh “memilih model enjin pembakaran dan hibrid” kerana pengeluar kereta ini akan “menambah baik” Cayenne generasi ketiga sedia ada, yang akan terus ditawarkan di pasaran bersama-sama dengan generasi terbaru yang berkuasa elektrik. 


Ini bermakna Porsche berniat untuk mengekalkan varian yang menggunakan rangkaian kuasa ICE dan kita boleh menjangkakan enjin V8 turbo kembar Cayenne yang lebih baik untuk versi akan datang. 


Menurut Porsche, jurutera mereka di Zuffenhausen telah menggunakan “langkah teknikal yang menyeluruh” untuk memastikan enjin V8 itu nanti akan mematuhi standard emisi yang ditetapkan.


Strategi Pelbagai Laluan


Porsche-Cayenne-Turbo-GT-2024-(1).jpgPorsche-Cayenne-Turbo-GT-2024-(2).jpg


Memandangkan Cayenne generasi ketiga akan dikekalkan di pasaran sehingga akhir dekad ini, kita boleh menjangkakan SUV sporty ini akan diberikan kemas kini dalam versi facelift pada tahun-tahun akan datang, dengan yang terkini diberikan pada tahun 2023. Untuk makluman, Cayenne generasi ketiga diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2017, yang bermakna model ini akan mencapai usia lebih 10 tahun menjelang penghujung dekad ini.


Baca: Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!


Keputusan Porsche untuk mengekalkan Cayenne yang menggunakan ICE menunjukkan bahawa pengeluar kereta ini mengambil strategi pelbagai laluan (multi-pathway) menuju visi jejak karbon sifar, seperti yang dilakukan oleh Toyota. Namun, CEO menegaskan bahawa Porsche masih “komited sepenuhnya kepada mobiliti elektrik.”


Tambah beliau, matlamat untuk mencapai jualan kereta baharu yang merangkumi model EV sebanyak 80% masih lagi dalam sasaran syarikat. Namun dalam masa yang sama,  pencapaian ini “bergantung kepada permintaan pelanggan dan perkembangan mobiliti elektrik dunia.”


Ujian Jalan Raya


NextGen-Porsche-Cayenne-EV-2.jpgNextGen-Porsche-Cayenne-EV-4.jpg


Mengenai Cayenne generasi baharu, model ini kini sedang diuji di jalan raya awam dan beberapa unit yang berpelekat samaran pula bakal menempuhi perjalanan dengan kepanjangan “beberapa juta kilometer di seluruh dunia di dalam iklim dan topografi yang ekstrem.”


Seperti EV Macan baharu, EV Cayenne juga akan dibangunkan berdasarkan Premium Platform Electric (PPE) terbaru daripada VW Group, yang akan diperbaik supaya dapat menawarkan “ciri pemanduan Porsche, pengecasan yang berkapasiti tinggi dan stabil, kecekapan tinggi, serta tahap keselesaan dan kebolehgunaan harian yang tinggi.”

Tag:

Porsche Cayenne
Porsche Cayenne Facelift
Porsche Cayenne EV
Porsche AG
Porsche EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

27-03-2025
Kereta Baru

07-01-2025
Global

27-08-2024
EV

26-07-2024
Global

22-04-2024
Global

15-01-2024
Global

22-07-2023
Berita Auto

01-06-2023

Berita Terkini

EV

SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa

Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara memandu SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut .

06-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025