Link Copiedcheck_circle
EV

Sistem BESS chargEV Bolehkan Pengecasan Pantas EV Di Mana Sahaja, Capai 240 kW

Sofea Najmi

Kongsi melalui

chargev-bess-(1).jpeg

chargEV baru-baru ini melancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) untuk infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di The International Gallery, KLGCC Resort.  


BESS tersebut digunakan untuk menyokong dua pengecas pantas DC 120 kW dengan empat nozel pengecasan dan satu pengecas AC 22 kW dengan dua nozel pengecasan. Secara keseluruhan, ia menyediakan enam pengecas kepada komuniti sekitar sebaik beroperasi kelak. 


chargev-bess-(2).jpeg


BESS chargEV direka untuk profil grid unik Malaysia, menangani had bekalan kuasa sedia ada dengan mengintegrasikan penimbal (buffer) simpanan tenaga antara grid tenaga dan stesen pengecasan. Bekalan kuasa yang stabil dan yang telah dioptimumkan ini membolehkan EV dicas lebih pantas, dalam masa yang sama memberikan faedah "peak-shaving" yang memberikan penjimatan kos kepada pemilik tapak.


Dibangunkan dan dipasang di Malaysia oleh pasukan chargEV untuk mematuhi piawaian antarabangsa tertinggi, teknologi pengurusan tenaga ini merupakan satu penyelesaian menyeluruh atau end-to-end daripada chargEV untuk pemilik tapak, memastikan ekosistem pengecasan yang lancar. 


chargev-bess-(2).jpg


Selepas projek perintis ini, teknologi BESS chargEV menyasarkan untuk memperluaskan sistem pengecasan pantas  ke seluruh Malaysia walaupun di kawasan yang sebelum ini dianggap tidak sesuai kerana kekurangan bekalan kuasa.


Ini termasuk kemudahan di sepanjang lebuhraya, kawasan pinggir bandar dan lokasi bandar dengan trafik tinggi. BESS terdiri daripada unit bateri LFP 430 kWj dengan kuasa nominal 250 kW, mampu menghasilkan output antara 120 kW hingga 240 kW dengan input 100 amp.


chargev-bess-(4).jpg


Teknologi ini berbeza dengan sistem yang disediakan oleh JomCharge dan Gentari di R&R Behrang yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga solar dan berhadapan dengan cabaran semasa musim puncak perjalanan, BESS chargEV menawarkan penyelesaian yang lebih kukuh dengan integrasi grid.


Baca: Pengecas EV Gentari Hentian Behrang Dilancarkan – Guna Sistem Simpanan Kuasa Bateri (BESS)


Dalam masa terdekat, chargEV merancang untuk bekerjasama rapat dengan pemilik tapak pengecasan semasa untuk mengembangkan dan menaik taraf stesen sedia ada untuk mengintegrasikan BESS. Syarikat ini juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga dalam usaha pembangunan penyelesaian sistem pengurusan tenaga yang komprehensif di seluruh Malaysia.


chargev-bess-(3).jpg


Sumber Foto: Plugshare

Baca: ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

Tag:

Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS)
chargEV
Pengecas EV Malaysia
Pengecas Pantas DC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

ChargEV Sediakan 8 Unit Pengecas Pantas 120 kW Di 16 Sierra – Teknologi BESS

ChargEV melancarkan hab pengecasan pantas DCFC 400 kW dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) pertama di Malaysia di Sierra Fresco.

24-01-2025
EV

CelcomDigi Sasar Bina 100 Pengecas EV Tahun Ini Dengan JomCharge & chargeEV

CelcomDigi kini menjalinkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) JomCharge dan chargEV untuk menyediakan infrastruktur EV di Malaysia.

04-03-2025
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026