Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_MAS2024_GAC-AION-Hyper-HT_-7.jpg


Stellantis Malaysia mempertontonkan Citroën di  Malaysia Autoshow 2024.

Selain Peugeot dan jenama baharu dari China, Leapmotor, Stellantis Malaysia juga telah mendedahkan hasrat untuk menghidupkan semula jenama Citroën di negara ini.


Pengarah Urusannya, Jamie Francis Morais, melalui LinkedIn pada hujung minggu lalu telah memberi petunjuk mengenai rancangan syarikat itu. 


Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan bahawa Stellantis Malaysia bersedia untuk memperkenalkan Citroën Basalt. 


Basalt: Citroën C3 & C3 Aircross  Versi Coupe 


Basalt-Image-2.jpg


Basalt, yang diperkenalkan oleh Stellantis India minggu lalu, pada dasarnya ialah versi coupe kepada SUV crossover kompak Citroën C3 dan C3 Aircross yang sedia ada. Malah, Basalt dilaporkan berkongsi platform yang sama, ini menjelaskan mengapa beberapa sentuhan rekaannya tidak jauh berbeza daripada SUV C3. 


Basalt-Image-3.jpg


Basalt dijangka memasuki pasaran India bulan depan sebagai pesaing kepada Tata Curvv. Walaupun Stellantis belum mengeluarkan butiran terperinci mengenai model ini, sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa Basalt akan ditawarkan dengan enjin aspirasi natural 1.2 liter  dan 3 silinder turbo daripada C3. Dengan enjin tersebut, kenderaan boleh mencapai kuasa 80 hp dan 115 Nm (aspirasi natural) sehingga 108 hp dan 190 Nm (turbo).


Spesifikasi & Jangkaan Pasaran Malaysia


Citroen-Basalt-Vision-1.JPGCitroen-Basalt-Vision-2.JPGCitroen-Basalt-Vision-3.JPG


Jamie turut memberi petunjuk bahawa model yang bakal dibawa masuk ke Malaysia itu nanti akan dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam kelajuan daripda C3. Selain daripada yang dinyatakan di ruangan kapsyen, Jamie tidak mendedahkan butiran selanjutnya. 


Perkembangan Penting Stellantis Malaysia Setakat Ini


Untuk makluman, syarikat yang telah memulakan operasi sepenuhnya awal tahun ini telah melancarkan crossover premium 408 yang dipasang secara tempatan (CKD). Kemudian, di Malaysia Autoshow 2024, syarikat itu secara rasmi melancarkan model sebuah lagi model CKD, trak pikap Peugeot Landtrek. Juga dipertonton di acara sama ialah SUV EV Leapmotor C10 serta kedua-dua Citroën C3 Aircross dan Ami Buggy Concept.


Untuk butiran lanjut, kita nantikan pengumuman daripada Stellantis Malaysia pada masa akan datang. Namun, apa yang pasti, dalam masa yang terdekat ini kita akan mendengar daripada jenama Leapmotor terlebih dahulu seperti yang didedahkan Jamie kepada akhbar tempatan, NST, melalui satu wawancara baru-baru ini. 


Baca:  Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%


Tag:

Stellantis Malaysia
Citroën Malaysia
Citroën Basalt
Citroën C3 Aircross
Citroën C3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

05-06-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

10-12-2025
Kereta Baru

21-11-2025
Berita Auto

07-11-2025
EV

28-10-2025
Berita Auto

27-08-2025
Kereta Baru

11-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026