Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.

Menerusi majlis yang diadakan di Puchong, Chery Malaysia menghadiahkan tiga buah model Chery Tiggo 7 Pro kepada  atlet badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, dan  Lee Zii Jia.

image.png

Sementara itu, Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, pemberian hadiah berbentuk kereta itu adalah di  atas pencapaian luar biasa mereka di Sukan Olimpik Paris.

“Kecekalan, ketabahan, dan kegigihan mereka sepanjang Sukan Olimpik benar-benar memberi inspirasi, dan kami berbangga untuk meraikan kejayaan mereka,” katanya.

image.png

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah turut mengucapkan terima kasih kepada Chery atas penajaan mereka dan kepercayaan terhadap atlet tempatan yang bertanding di Paris.

“Kami percaya bahawa sukan adalah alat penyatuan bagi Malaysia. Kami menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila mereka berjaya membawa pulang pingat. 

“’Apa yang membuatkan sumbangan Chery istimewa adalah mereka meraikan semua pemenang pingat,” ujarnya.

Untuk makluman anda, Chery Tiggo 7 Pro yang dijual pada harga RM123,800 disumbat dengan  enjin empat silinder turbo 1.6 liter,.

image.png

Ini membolehkan Tiggo 7 Pro menawarkan kuasa 194 hp dan tork 290 Nm.

Ia boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam 8.3 saat dan kelajuan maksimum 205 km/j. Mod pemanduan yang dinamik menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Enjinnya yang dipadankan dengan Transmisi Dwi-bCekam 7-kelajuan (DCT) turut menawarkan  prestasi pemanduan yang cukup  lancar dan cekap, manakala penggunaan bahan api adalah 7.0L/100km.

Gallery

Tag:

Chery Tiggo 7 Pro
Chery Malaysia
Hannah Yeoh
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

06-08-2024
Berita Auto

05-08-2024
Pandu Uji

22-06-2024
Berita Auto

24-05-2024
Berita Auto

17-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026