Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Risau Kalau Nak Ke Putrajaya, Teksi Air Ditawar Percuma! Lot Parkir Banyak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana   teksi air dan 'cruise' tasik akan disediakan secara percuma untuk orang ramai menghadiri acara sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Perkara itu disahkan Jurutera Perbadanan Putrajaya, Faridz Amli Shaharudin, baru-baru ini.

Menurutnya, pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan itu boleh menaiki teksi air di Jeti Kelab Tasik Putrajaya dan Jeti Ayer 8, manakala 'cruise' tasik pula di Jeti Marina.

image.png

“Kita juga menyediakan 80 bas ulang-alik membabitkan 40 bas dua tingkat dan 40 bas setingkat. Kita sarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam kerana pada tahun ini, kita tidak membenarkan kenderaan masuk berikutan 'core island' akan ditutup keseluruhannya,” katanya.

Bagaimanapun, anda jangan risau mengenai parkir memandangkan tiga kawasan parkir utama turut disediakan.

Antara lokasi parkir ialah  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang boleh memuatkan hingga 1,200 kenderaan, sekitar Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, serta Putrajaya Sentral.

Difahamkan, kapasiti tempat duduk awam pada acara sambutan itu juga ditambah kepada 8,000, tahun ini, berbanding 4,000 pada tahun lalu.


Gallery

Tag:

Hari Kebangsaan 2024
PICC
perbadanan putrajaya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hari Kebangsaan: Lebih 10,000 Pengunjung Teruja Lihat Proton e.MAS 7

Lebih 100,000 yang memenuhi Dataran Putrajaya untuk meraikan Hari Kebangsaan 2024 pada minggu lepas kelihatan cukup teruja apabila menyaksikan kehadiran kenderaan elektrik pertama Proton, Proton e.MAS 7.

03-09-2024
Berita Auto

Hari Kebangsaan Tol Percuma Sebulan Tapi Hanya Di Lebuhraya WCE Seksyen 1

Pemberian tol percuma itu diberikan bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 29 September nanti.

30-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026