Link Copiedcheck_circle
Global

Jenama Citroën Bakal Tinggalkan Pasaran Australia Setelah 101 Tahun, Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

4b01f1ef-0e24-5da3-922d-1e8238250000.jpg


Citroën dilaporkan bakal meninggalkan Australia setelah 101 tahun di pasaran negara tersebut. Keputusan untuk menarik diri ini diumumkan oleh pengedar tempatan, Inchcape, yang turut bertanggungjawab untuk mengimport dan mengedar jenama Peugeot. Operasi jualan Citroën di Australia bakal ditamatkan berkuat kuasa 1 November tahun ini.


Keputusan ini didorong oleh prestasi jualan yang lemah. Dalam separuh pertama tahun 2024, jualan yang direkodkan oleh Inchcape untuk jenama tersebut hanya 87 unit. Sebagai perbandingan, jenama mewah seperti Ferrari dan Bentley masing-masing berjaya dijual sebanyak 113 unit dan 102 unit dalam tempoh yang sama di Australia.


Prestasi jualan ini jauh berbeza dengan kejayaan yang pernah dicapai pada tahun 2007, apabila Citroën mencatatkan jualan sebanyak 3,803 unit. Walaupun jualan kereta baharu akan ditamatkan pada bulan November, Inchcape menjelaskan bahawa mereka akan terus memberikan perkhidmatan untuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan yang ditawarkan kepada semua unit Citroën yang telah dijual.


web_Citroën-C4-Australia.jpg


Menurut Pengurus Citroën Australia, David Owen, keputusan untuk menamatkan penjualan kenderaan baharu "tidak dibuat dengan mudah, ia dibuat selepas pertimbangan teliti terhadap produk semasa dan akan datang dalam konteks pasaran tempatan serta keutamaan dan keperluan pembeli kereta baharu di Australia."


Ini merupakan satu kehilangan besar bagi jenama yang dimiliki oleh Stellantis, memandangkan Citroën telah bertapak di Australia sejak tahun 1923. Kemungkinan besar, rangkaian produk semasa Citroën yang terdiri daripada model seperti C3, C4 crossover, C5 Aircross SUV dan C5 X yang sudah agak lama, turut memainkan peranan dalam keputusan ini.


web_Citroën-C3-Australia.jpgweb_Citroën-C5-Australia.jpgweb_Citroën-C5-Aircross-Hybrid-Australia.jpg


Ketiadaan model baharu turut memainkan peranan besar dalam penurunan jualan jenama tersebut.


Walaupun Citroën baru-baru ini telah memberikan penyegaran semula untuk model seperti C3 dan C3 Aircross di Eropah, kedua-dua model ini belum diperkenalkan di Australia. Rancangan untuk memperkenalkan model-model ini serta model generasi baharu lain di Australia kini telah dibatalkan.


Penarikan Citroën dari Australia juga mengingatkan kita kepada keadaan sama yang berlaku ke atas jenama Peugeot, yang menarik diri dari pasaran Indonesia awal tahun ini. Jenama Perancis itu ditarik keluar dari Republik Indonesia selepas 52 tahun beroperasi akibat kemerosotan jualan.


Baca: Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...


Tag:

Citroën C3
Citroën Australia
Pasaran Australia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

19-08-2024

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025