Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lori Kontena Rempuh Rumah, Nasib Tiada Terkorban, Rupa-Rupanya Lori Bermasalah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Rupa-rupanya, lori kontena yang merempuh sebuah rumah sebenarnya mengalami masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan terbabit.

Kejadian ngeri itu berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam namun mujur penghuni rumah berkenaan sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Sewaktu menuruni jalan industri Bukit Kayu Hitam-Ladang Rakyat, pemandu kontena terbabit mendapati pedal minyak tersangkut di lantai kenderaannya dan cuba untuk memberhentikan kontena yang dipandunya namun gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah.

Rempuhan itu turut mengakibatkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli milik mangsa mengalami kerosakan.

Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan.


Gallery

Tag:

lori kontena
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026