Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Petronas, SIM Buka Stesen Minyak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kini membuka tiga stesen runcit perintis di Brazil selepas nisiatif pelesenan jenama sulungnya mendapat kerjasama dengan SIM Distribuidora (SIM).

Tiga stesen itu akan menyediakan pelanggan dengan akses mudah kepada penyelesaian bahan api berprestasi tinggi PETRONAS.

Ia termasuk bahan api PETRONAS Primax dengan teknologi aditif bahan api proprietari, pelincir PETRONAS Syntium dan perkhidmatan lain yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan berdasarkan pembelajaran dan teknologi daripada Formula Satu (F1).

image.pngimage.png

Naib Presiden Penapisan, Perdagangan dan Pemasaran PETRONAS, Ahmad Adly Alias, berkata buat pertama kali, pelanggan Brazil akan mendapat manfaat daripada produk yang diperoleh daripada Penyelesaian Teknologi Bendalir yang memenangi anugerah dan menjadi bahan api enjin jentera dalam perlumbaan F1.

"Kami teruja untuk mempunyai pelanggan di Brazil, yang mungkin telah melihat logo kami di litar Autodromo Jose Carlos Pace atau Interlagos, mengalami sendiri penguasaan penyelesaian termaju kami, melangkaui pelincir," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, SIM ialah rakan kongsi sedia ada kepada PETRONAS sebagai pengedar sah bagi cabang pelincirnya sejak 2022.

Ia mempunyai rangkaian 540 stesen runcit di tiga negeri di wilayah selatan Brazil.


Gallery

Tag:

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

Stesen tersebut ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

26-12-2025
Berita Auto

Diesel Pun Boleh Habis, Ini Pula Jawapan MENTERI

Ketiadaan diesel dijangka berterusan sehingga hujung bulan ini.

27-12-2023
Berita Auto

Belanja Mata Ganjaran Mesra Di Setel

Jom belanja mata ganjaran mesra anda hanya di hujung jari.

07-09-2023
Berita Auto

Angka Kemasukan EV Di Pasaran Malaysia Dilihat Masih Rendah

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyifatkan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan tenaga mobiliti memandangkan kenderaan elektrik (EV) mula memasuki pasaran Malaysia.

27-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026