Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Akan Kembali Ke Pasaran UK, Disokong Rancangan Global Geely

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_review_CariCarz_TA_Proton-X90_Flagship_6-Seat_-8.jpg


Pengeluar kereta terkemuka negara, Proton, dilaporkan akan kembali menembusi pasaran United Kingdom (UK). Perkara ini didedahkan oleh portal automotif terkemuka negara tersebut, Autocar, merujuk kepada sumber-sumber terdekat dengan CEO Proton, Dr. Li Chunrong. 


web_MA_Proton-e.MAS-7-preview_-6.jpg


CEO Proton, Dr. Li Chunrong. 


Kemunculan semula jenama Proton di negara Eropah itu merupakan sebahagian daripada langkah penting untuk memperluaskan eksport global yang disokong oleh rakan kongsinya, Geely.


Untuk makluman pembaca, sebelum ini jenama kenderaan Proton pernah ditawarkan di pasaran UK pada tahun 1989 sebelum dihentikan pada tahun 2014 disebabkan oleh prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. 


Namun, kali ini, Proton kembali berani, dengan rancangan untuk turut memasuki dan menakluki semula pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) di seluruh Asia, Afrika, serta Australia dan New Zealand. Dedah Autocar lagi, inisiatif ini dipacu oleh  pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.


CariCarz_Proton_EV-plans_-9.jpgCariCarz_SN_Proton-EV-Name-Launch-Event_82.JPGWhatsApp-Image-2024-02-21-at-11.09.38_6984ca0e.jpg


Seorang sumber memberitahu Autocar, "Dengan pelaburan yang ada, Proton akan mempunyai keupayaan untuk kembali ke pasaran yang telah mereka tinggalkan, serta memasuki pasaran baharu." 


Walaupun tidak ada garis masa yang jelas dinyatakan, sumber-sumber memberitahu bahawa kemasukan semula Proton ke pasaran global utama RHD hanya akan berlaku “pada penghujung dekad ini.”


Proton sebagai Hab Pengeluaran Kenderaan Pemanduan Sebelah Kanan (RHD)


Sejak memulakan kerjasama dengan Geely pada tahun 2017, Proton telah lama diposisikan sebagai hab pengeluaran RHD bagi Geely. Namun, usaha untuk menstabilkan dan memperluas jualan di pasaran Malaysia dan pandemik COVID-19 telah melambatkan rancangan pengembangannya ke luar negara.


Kini, dengan keadaan dalam negara yang lebih terkawal, Proton dan Geely mula mengembangkan pangkalan pengeluaran di Tanjong Malim melalui inisiatif AHTV. Sasaran utama adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 500,000 unit setahun, di mana Dr. Li sebelum ini menekankan bahawa sehingga 50% daripada unit yang dihasilkan adalah untuk dieksport. 


Peranan Kenderaan Elektrik Proton e.MAS 7 dalam Rancangan Pengembangan


web_MA_Proton-e.MAS-7-preview_-20.jpg


Autocar juga menyentuh mengenai Proton e.MAS 7, sebuah kereta elektrik baharu yang dibangunkan bersama Geely. Model ini yang diperkenalkan buat pertama kali pada minggu lalu, berpotensi menjadi tawaran kenderaan elektrik (EV) yang kompetitif apabila Proton memasuki pasaran antarabangsa, walaupun terdapat trend penurunan jualan EV global buat masa ini.


Baca: Proton e.MAS 7 Bukan Model Rebadge


web_TA_CariCarz_Review_Proton-S70-Flagship-X_-9.jpgCaricarz-MBA-Proton-X50-RC-Ext-2.jpgweb_TA_CariCarz_2025-Proton-X70-Preview_-5.jpgweb_review_CariCarz_TA_Proton-X90_Flagship_6-Seat_-3.jpg


Antara model berasaskan Geely yang dipasarkan di bawah jenama Proton adalah termasuk sedan S70, SUV X50, X90 dan X70.


Selain itu, Geely turut memilih untuk memanfaatkan jenama baharu keluaran Malaysia ini bagi mengelakkan tarif tambahan baharu yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap EV buatan China yang akan memberi kesan kepada harga jualan kenderaan. 


Dengan sokongan besar daripada Geely, pengembangan Proton ke pasaran utama seperti UK dan yang lain-lain dilihat mampu dicapai. Namun, sebagai jenama baharu di pasaran-pasaran itu nanti, pastinya akan mengambil masa untuk membina keyakinan sebelum dapat melihat hasil jualan yang memberangsangkan. 

web_review_CariCarz_TA_Proton-X90_Flagship_6-Seat_-14.jpg

Tag:

Proton UK
#geely
Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV)
e.MAS7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-12-2022
Berita Auto
Teknologi

04-03-2025
EV

16-02-2025
Global

24-01-2025
Global

22-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026