Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Toyota Hilux & Fortuner 2024 Kini Dibuka – Dari RM104K & RM195K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

toyota-my-presskit-fortuner-hilux-masthead-d-1.jpg


UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah membuka tempahan untuk Toyota Hilux dan Fortuner yang telah dikemaskini bagi tahun 2024. Bagi model tahun 2024 (2024MY), kedua-dua jentera 4x4 ini menerima beberapa peningkatan dan penambahbaikan yang ketara.


CIRI BAHARU TOYOTA HILUX 2024


2024-Toyota-Hilux-MY-2.JPG


Bagi Toyota Hilux, trak pikap yang popular ini kini dilengkapi dengan sistem kawalan kestabila kenderaan (VSC) pada varian asas Hilux 2.4 Single Cab, yang meningkatkan prestasi pengendaliannya secara signifikan. Selain itu, fungsi remote start engine juga ditambah sebagai ciri standard bagi beberapa varian Hilux Double Cab, membolehkan pemandu menghidupkan trak pikap melalui aplikasi Toyota My.


2024-Toyota-Hilux-MY-6.JPG2024-Toyota-Hilux-MY-5.JPG


Khusus untuk varian Hilux 2.4V, Hilux 2.8 Rogue dan Hilux 2.8 GR Sport, terdapat tambahan ciri pandangan keliling panoramik. Sementara itu, dua varian tertinggi kini dilengkapi dengan pad pengecas tanpa wayar. Ciri pengecas tanpa wayar ini juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk semua varian lain Hilux 2024.


TRENKUASA & PRESTASI TOYOTA HILUX 2024


Spesifikasi trenkuasa untuk Hilux 2024 kekal sama, yang mana ia masih menggunakan enjin 2.4 liter 4 silinder turbodiesel dengan kuasa sebanyak 150 ps dan tork 400 Nm. Sementara itu, dua model tertinggi, Hilux 2.8 Rogue dan Hilux 2.8 GR Sport, menggunakan enjin 2.8 liter 4 silinder turbodiesel yang lebih berprestasi dengan kuasa 204 ps dan tork 500 Nm untuk Hilux 2.8 Rogue, serta 224 PS dan tork 550 Nm untuk Hilux 2.8 GR Sport.


CIRI BAHARU TOYOTA FORTUNER 2024


2024-Toyota-Fortuner-MY-2.JPG2024-Toyota-Fortuner-MY-3.JPG2024-Toyota-Fortuner-MY.JPG2024-Toyota-Fortuner-MY-5.JPG


Seterusnya untuk Toyota Fortuner 2024 pula, kini pertama kalinya ditawarkan dengan kit badan GR. Kit sporty ini merangkumi skirt bampar hadapan, kemasan untuk lampu kabus hadapan dan skirt bampar belakang, yang kini boleh didapati sebagai pilihan untuk varian Fortuner 2.7 SRZ dan Fortuner 2.4.


Sama seperti kembarnya, fungsi remote start engine juga ditawarkan pada Fortuner 2.8 VRZ dan Fortuner 2.7 SRZ.


TRENKUASA & PRESTASI TOYOTA FORTUNER 2024


2024-Toyota-Fortuner-MY-6.JPG2024-Toyota-Fortuner-MY-10.JPG


Toyota Fortuner 2024 ditawarkan dengan pilihan trenkuasa yang sama seperti sebelumnya, dengan Fortuner 2.7 SRZ dijana oleh enjin petrol 2.7 liter 4 silinder yang menghasilkan 166 ps dan tork 245 Nm. Sementara itu, Fortuner 2.8 VRZ menggunakan enjin 2.8 liter 4 silinder turbodiesel dengan kuasa 204 ps dan tork 500 Nm. 


Varian asas, Fortuner 2.4 pula menggunakan enjin 2.4 liter 4 silinder turbodiesel yang sama seperti pada Hilux, dengan kuasa 150 ps dan tork 400 Nm.


Tempahan kini dibuka untuk Toyota Hilux dan Fortuner 2024, berikut adalah senarai harga bagi kedua-dua model ini:


Model

Harga

(OTR tidak termasuk insurans, pilihan kustom & aksesori)

2024 Toyota Hilux 2.4 Single Cab

RM104,880

2024 Toyota Hilux 2.4E MT 4x4 Double Cab

RM117,880

2024 Toyota Hilux 2.4E AT 4x4 Double Cab

RM119,880

2024 Toyota Hilux 2.4V AT 4x4 Double Cab

RM149,580

2024 Toyota Hilux 2.8 Rogue AT 4x4

RM163,080

2024 Toyota Hilux 2.8 GR-Sport AT 4x4

RM173,280

2024 Toyota Fortuner 2.4

RM195,880

2024 Toyota Fortuner 2.8 VRZ

RM241,880

2024 Toyota Fortuner 2.7 SRZ

RM202,880

Tag:

Toyota Hilux
Toyota Hilux 2024
Toyota Fortuner
Toyota Fortuner 2024
UMWT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru
Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru
Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025