Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Subaru-Outback-1.jpg


TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam. Walaupun ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas, 2.5iT, dan varian premium, 2.4 XT,  hanya varian XT dipamerkan ketika acara eksklusif yang diadakan di The Gasket Alley. 


TRENKUASA SUBARU OUTBACK 2024


Subaru-Outback-5.jpg


Varian premium, 2.4 XT dikuasakan oleh enjin 2.4L turbo yang memberikan prestasi lebih tinggi iaitu 246 hp/350 Nm berbanding enjin aspirasi natural (NA) pada 2.5iT dengan output kuasa 185 hp/245 Nm. Varian 2.4 XT boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dengan kelajuan maksimum 221 km/j.


Kedua-dua varian menggunakan sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive dengan Active Torque Split dan transmisi CVT Lineartronic dengan lapan mod maya.


Model ini mampu menempuhi laluan off-road kerana memiliki jarak kelegaan tanah cecah 213 mm serta dwi-mod melalui sistem X-Mode, yang menawarkan pilihan Snow/Dirt, Deep Snow/Mud dan Normal. Untuk mod pemanduan Intelligent dan Sport, sistem Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) turut ditawarkan sebagai ciri standard. 


REKAAN SUBARU OUTBACK 2024


Subaru-Outback-1.jpgSubaru-Outback-2.jpg


Subaru Outback dibangunkan di atas platform terkini, Subaru Global Platform (SGP) yang menjanjikan tahap keselamatan, dinamik pemanduan dan tahap NVH yang lebih baik.


Model ini memiliki panjang 4,870 mm, lebar 1,875 mm, tinggi 1,675 mm  dan jarak roda 2,745 mm.


Subaru-Outback-3.jpg

Subaru-Outback-7.jpgSubaru-Outback-6.jpg


Dari segi rekaan, varian XT diberikan beberapa ciri eksklusif iaitu tip ekzos kembar, lampu kabus LED hadapan enam elemen, dan logo pada but belakang. 


Ciri standard adakah kehadiran gril heksagon yang diapit oleh lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk C, pelindung badan hitam dan lampu kabus depan dan belakang. 


KABIN SUBARU OUTBACK 2024


Subaru-Outback-4.jpg

Subaru-Outback-15.jpgSubaru-Outback-10.jpg


Memasuki ruang kabin Outback, dapat dilihat beberapa kelengkapan penting seperti sistem infotainmen berukuran 11.6 inci pada kedudukan potret. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Model ini menawarkan pengalaman audio yang mengasyikkan melalui sistem 11 speaker dari Harman Kardon. 


Subaru-Outback-12.jpgSubaru-Outback-16.jpg


Aura kabin diserlahkan dengan penggunaan balutan kulit Nappa untuk tempat duduk. Untuk keselesaan, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada 10 arah, manakala penumpang hadapan pula 8 arah. 


Ciri menarik lain ialah stereng dengan fungsi pemanasan, kawalan iklim dua zon, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin serta sistem pemantauan pemandu. 


Generasi kali ini juga lebih praktikal dengan bukaan but belakang automatik melalui sensor tanpa sentuhan tangan. 


CIRI KESELAMATAN SUBARU OUTBACK 2024


Subaru Outback hadir dengan pakej keselamatan terkini Subaru iaitu EyeSight 4.0 yang terdiri daripada sistem amaran keluar lorong, kawalan jelajah adaptif dan kawalan stereng kecemasan automatik. 


Untuk makluman pembaca, teknologi EyeSight 4.0 kini menggunakan teknologi kamera dengan pandangan yang lebih luas, 


HARGA PASARAN SUBARU OUTBACK 2024


Subaru-Outback-14.jpgSubaru-Outback-13.jpg


Berbeza hanya pada enjin yang digunakan, Subaru Outback 2.5i-T Eyesight ditawarkan pada harga  RM280,390, manakala Subaru Outback 2.4 XT Touring Eyesight pula pada RM310,390. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. 


Sekiranya anda ingin menyaksikan varian premiumnya, Outback 2.4 XT Touring EyeSight, dengan lebih dekat, boleh kunjungi  The Gasket Alley di Petaling Jaya bermula hari ini hingga esok, 21 September. 

Tag:

Subaru
Subaru Malaysia
Subaru Outback
Subaru Outback 2.5i-T Eyesight
Subaru Outback 2.4 XT Touring Eyesight
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

02-01-2026
Global

08-12-2025
Global

17-11-2025
Global

31-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026