- Berita
- Pandu Uji
- Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?
Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?
Bercakap mengenai Toyota Corolla 1.8 G 2024, ramai yang tertanya-tanya adakah ia model terbaharu Toyota?
Ya, ia sebenarnya model terbaharu Toyota, mana tidaknya nama di belakang pun tertulis tahun 2024, cuma ia dilancarkan pada tahun 2023.
Namun walaupun usianya sudah setahun, jentera ini sebenarnya menerima beberapa penambahbaikan.
Biarpun, perubahannya tidak begitu ketara namun ia menerima penambahbaikan di beberapa bahagian seiring dengan tajuknya “model baharu”.
Apa yang ditambahbaik?
Menjengah bahagian luarannya, antara perubahan yang dibuat ialah pada gril hadapannya dimana ia mendapat bahagian gril baharu berwarna hitam berkilat selain mendapat corak sarang lebah yang baharu.
Sama seperti sebelum ini, semua lampu menggunakan lampu LED dan lampu belakang juga masih lagi sama.
Saya beranggapan rekaannya mungkin sudah sempurna rekaannya menyebabkan Toyota mengambil keputusan untuk tidak banyak mengubah bahagian luarannya.
Walaupun penambahbaikan di bahagian luarannya cukup minimum namun
sebaik melangkah masuk ke dalam ruang kabin, rupa-rupanya ada perubahan yang dibawakan Toyota.
Ini kerana ia kini hadir dengan panel instrumen yang baharu serta digital sepenuhnya.
Selain itu, perubahan yang cukup ketara ialah kehadiran skrin kluster digital 12.3 inci berbanding panel 9-inci analog yang dilihat dalam unit pra-facelift.
Menjengah bahagian tempat duduk hadapannya, nampaknya ia telah direka semula demi keselesaan tetapi malangnya, pelarasan kerusi secara berkuasa hanya diberikan untuk tempat duduk pemandu.
Antara perubahan lain yang ada pada varian berspesifikasi lebih tinggi ini adalah terdpaat port pengecasan USB-A ke USB-C yang diletakkan pada konsol tengah, ada pad pengecasan telefon pintar wayarles.
ADAKAH PEMANDUANNYA MANTAP?
Secara objektif, ini mungkin soalan yang bermain-main di fikiran anda untuk mengetahui sejauh mana pemanduan kereta sedan segmen C ini.
Dalam kes Corolla yang diperbaharui ini, saya boleh katakan ia menawarkan keseimbangan dan keselesaan yang cukup terbaik.
Sebenarnya, ada sebab mengapa Toyota meletakkan varian GR sport di atas varian Corolla 1.8G ini.
Namun model sport ini agak mahal buat segelintir pihak selain sistem gantungan yang sports membuatkan ia tidak sesuai membawa keluarga.
Sebelum itu, anda kena tahu jika kereta Toyota mempunyai huruf G dan R dalam sebutannya, gaya sporty atau pemanduan sebenarnya bukanlah satu keutamaan.
Jadi, model seperti Corolla 1.8G yang diperbaharui seperti yang diuji ini sebenarnya mengutamakan ciri keselesaan dan sesuai untuk pemanduan harian.
Sebagai bukti, yang pertama, pemanduannya cukup lincah dan lembut, kedua sistem stereng berkuasa elektrik dilihat meringankan beban pemusingan setereng
Tidaklah macam bawa lori.
Bagi saya, pemanduannya cukup lembut dan lincah disusuli dengan sterengnya yang berkuasa membuatkan pemandu menjadi ringan dan yang ketiga, pengendalian seimbang membuatkan ia menawarkan pemanduan yang cukup dinamik.
Di sebalik mencuba daya pecutannya, saya dapat merasakan suasana dalam kabin tidak terganggu langsung oleh deruman enjin mahupun bunyi angin.
Mengenai trenkuasanya, ia yang disumbat dengan enjin 1.8 liter 4-silinder mampu menghamburkan kuasa setakat 138 hp dan tork 172 Nm.
Enjinnya dipadankan dengan kotak automatik CVT 7 -kelajuan.
Bagi saya, hamburan kuasa yang ditawarkan itu sebenarnya sudah cukup bertenaga sepanjang sesi pandu uji.
Satu lagi, jika anda melayan selekoh-selekoh tajam, anda dapat merasakan tetapan gantungan MacPherson/Double Wishbone pada Corolla ini berfungsi dengan cukup baik.
PALING SELAMAT?
Toyota Corolla 1.8G yang dibangunkan berdasarkan platform TNGA cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih.
Jadi, anda tidak perlu risau dengan isu-isu keselamatan.
Ini kerana ia hadir dengan kawalan jelajah adaptif, sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA), bantuan suluhan tinggi (AHB), pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan banyak lagi.
Maka, ini satu petanda yang baik kerana varian paling asas Toyota Corolla pun dilengkapi dengan tujuh beg udara, ada kawalan kestabilan dan cengkaman, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, Bantuan Brek, sistem pemantauan tekanan tayar, serta bantuan daki bukit dan Isofix.
Tidak ketinggalan, Toyota turut memasang perakam video digital yang dipasang di bahagian hadapan dan belakang.
///Any Other Quirks? //////
Ya, model Corolla 1.8G ini bukan sahaja dilengkapi dengan ciri-ciri yang dinyatakan di atas sebaliknya ia turut didatangkan dengan paparan pandangan parkir 360 darjah – ciri biasa yang ada pada Toyota.
Bagaimanapun, kami mendapati ada sedikit kekurangan di bahagian kerusi belakangnya kerana ia kurang selesa.
Selain itu, walaupun ia dibaluti dengan uphosteri kulit namun ruang kaki agak terhad terutama bagi individu yang tinggi.
Datang kepada harga, ini mungkin menjadi penghalang besar bagi sesetengah individu yang mempunyai komitmen tinggi.
Toyota Corolla 1.8G dijual pada harga RM147,800 manakala varian 1.8 E pula berharga RM139,800 namun tidak dilengkapi dengan begitu banyak kemudahan berbanding dengan 1.8G.
Adakah saya perlu ambil peduli?
Secara jujur, ya!Jika anda sudah jatuh hati dengan seterunya seperti saingan Honda Civic 1.5V dan Mazda 3 High Sedan.
Sudah tentu, ia bukan soal harga murah, tetapi Toyota Corolla 1.8G yang dikemas kini seperti yang diuji ini, sebenarnya mempunyai pelbagai daya tarikan dan cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan.
Malah, dengan tawaran waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun dalam harga yang dinyatakan sepatutnya akan menjadi pemilikan kenderaan yang tenang untuk anda kerana tidak perlu serabut dengan soal kerosakan.
Seperti mana pendahulunya, kami juga pasti Corolla ini juga mempunyai kekuatan tersendiri.
SPESIFIKASI
2024 Toyota Corolla 1.8G
ENJIN |
2.0-liter 4-silinder Dual VVT-i petrol |
TRENKUASA |
7-kelajuan CVT automatik, FWD |
KUASA |
137 HP @ 6,400 RPM |
TORK |
172 NM @ 4,000 RPM |
0-100 KM/J |
N/A |
KELAJUAN MAKS |
N/A |
PENJIMATAN MINYAK |
6.8 liter/1000 KM (as tested) |
BERAT |
1,365 KG ( kerb) |
HARGA |
RM147,800 |
Gallery




















Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/