Link Copiedcheck_circle
Global

BYD YangWang U8, SUV Mewah BYD, Mungkin Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Model terbaharu BYD, BYD YangWang U8 nampaknya telah diintip dalam pemanduan kanan apabila ia dirakam berada  berhampiran kilang BYD yang terletak di Xián, China baru-baru ini.

Kelibat itu pula menimbulkan desas-desus bahawa ia akan dieksport ke negara ASEAN tidak lama lagi.

image.pngimage.png

Ada juga yang mengatakan sub jenama mewah BYD itu akan dibawa masuk ke Australia dan Eropah.

Lagipun YangWang U8 sudah pun membuat penampilan sulungnya pada Goodwood Festival of Speed, Britain.

Ini sekali gus memberi bayangan ia akan juga menembusi pasaran UK tidak lama lagi.

image.png

Begitupun, versi RHD YangWang U8 mencerminkan model domestik China, namun terdapat perbezaaan dari segi  kedudukan semula stereng.

 Malah, saiznya juga agak besar dan SUV mewah ini menawarkan lima tempat duduk.

Untuk makluman, YangWang U8 ditawarkan secara eksklusif sebagai extended-range electric vehicles (EREV). Ia adalah subkategori hibrid plug-in, dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman kecil yang mampu menghasilkan kuasa tambahan untuk mengecas bateri apabila diperlukan, selain boleh dicas melalui kabel kuasa.

Ia yang disumbat dengan enjin turbo 2.0 liter mampu menjana kuasa 200 kW (268HP), manakala setiap satu daripada empat roda digerakkan oleh motor pula menghasilkan  220 kW (295 HP) dan torn 320 NM.

image.png

Jadi, output keseluruhannya  adalah  880 kW ( 1,180 HP) dan tork   1280 NM.

YangWang U8 juga disumbat dengan bateri LFP proprietari BYD dengan kapasiti 49.05 kWj, dimana ia mampu menawarkan jarak gerak elektriknya sejauh 148 kilometer manakala jentera ini sebenarnya boleh dipandu  820 KM WLTP.

Menjengah bahagian kabinnya, YangWang U8 dilengkapi dengan tiga penderia Lidar, radar gelombang 5mm, 12 kamera dan 12 penderia ultrasonik, selain menawarkan pemanduan dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS


YangWang U8 juga menampilkan skrin signatur BYD iaitu skrin infotainmen yang boleh dipusingkan bersaiz 23.6 inci, paparan instrumen melengkung 12.8 inci dan banyak lagi. Di China, YangWang U8 ditawarkan pada harga RM665,000.



Gallery

Tag:

BYD YangWang
BYD YangWang U8
BYD YangWang U8 RHD
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

21-09-2025
EV

27-08-2025
EV

11-08-2025
Teknologi
EV

26-02-2024
EV

11-01-2024
EV

21-09-2023
EV

06-01-2023

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025