Link Copiedcheck_circle
EV

GIIAS 2024: BYD Perkenal 2 Model EV Baharu Serta Varian Terbaru Atto 3 & Dolphin Di Indonesia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

451711398_18443362273026348_7882417166835971835_n.jpg


Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, mempamerkan pelbagai model baharu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2024 yang berlangsung minggu ini. Antara yang menarik perhatian adalah pengenalan MPV elektrik M6 dan SUV elektrik mewah, YangWang U8. Selain itu, BYD turut melancarkan varian baharu SUV Atto 3 dan hatchback Dolphin untuk pasaran Indonesia.


MPV EV M6


Kemunculan Pertama MPV Elektrik M6


KOMPAS-1.jpg


Pengenalan model ini merupakan satu pencapaian penting BYD kerana MPV merupakan antara segmen kereta yang terlaris di Indonesia. Model yang diperkenalkan ini, M6, adalah versi rebadge daripada model MPV EV e6 dengan penampilan yang lebih mewah dan berkuasa, namun masih mengekalkan nilai asalnya. Di Indonesia, M6 hadir dalam tiga varian iaitu varian Standard 7 tempat duduk, Superior 7 tempat duduk dan Superior 6 tempat duduk.


Spesifikasi MPV M6


Ketiga-tiga varian menggunakan motor elektrik yang memacu roda hadapan (FWD). Varian Standard menawarkan kuasa 160 hp dan tork 310 Nm, manakala varian Superior menawarkan kuasa 201 hp, sama seperti Atto 3. 


GIIAS-BYD-M6.jpg


Kuasa dibekalkan oleh bateri ‘Blade’ LFP BYD dengan kapasiti 55.4 kWj (Standard) dan 71.8 kWj (Superior) memberikan jarak pemanduan masing-masing 420 km dan 530 km (NEDC). Hanya varian Superior menyokong pengecasan pantas DC 115 kW, yang membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa 40 minit.


Reka Bentuk Luar & Kabin M6


KOMPAS-2.jpg


Berbeza dengan e6, M6 menampilkan reka bentuk yang lebih mewah dengan aksen krom dan rim aloi 17 inci. Bahagian dalamannya dipasangkan dengan upholsteri kulit tiruan dan pelbagai kelengkapan canggih seperti skrin infotainmen 12.8 inci yang boleh dipusingkan, sambungan Apple CarPlay, kunci pintar NFC, kawalan iklim automatik, fungsi V2L dan kamera 360 darjah. 


KOMPAS-3.jpgKOMPAS-4.jpg


Varian Superior dilengkapi dengan bumbung kaca panoramik, tempat duduk depan boleh laras automatik berserta fungsi pengudaraan, pad pengecas tanpa wayar dan bukaan pintu but automatik.


Ciri Keselamatan M6


Semua varian M6 dilengkapi dengan ciri keselamatan ADAS seperti brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan kekal lorong, pemantau titik buta dan banyak lagi. 


Harga Jualan M6 


Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada IDR379 juta (~RM109,385) untuk varian Standard 7 tempat duduk, IDR419 juta (~RM120,930) untuk varian Superior 7 tempat duduk dan IDR429 juta (~RM123,816) untuk varian 6 tempat duduk.


SUV EV MEWAH YANGWANG U8 


Pengenalan YangWang U8 


451609575_18443362318026348_5826957617002474745_n.jpg


YangWang U8 juga diperkenalkan di GIIAS 2024. Dibina di atas platform e4 BYD, YangWang U8 ialah kenderaan off-road mewah dengan dua motor elektrik beserta enjin petrol turbo 2.0 liter yang berfungsi sebagai penambah jarak perjalanan.


BYD-YangWang-U8-EVSUV-1.jpgBYD-YangWang-U8-EVSUV-4.jpg


Kombinasi ini menghasilkan kuasa 1,180 hp dan tork 1,280 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat. Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya adalah sehingga 1,000 km!


Ciri Mewah dan Keselamatan YangWang U8


BYD-YangWang-U8-EVSUV-14.jpgBYD-YangWang-U8-EVSUV-12.jpg


YangWang U8 menawarkan pelbagai kelebihan untuk kegunaan on-road dan off-road, dengan pelbagai ciri mewah dan kebolehan pemanduan separa autonomi. 


Walaupun belum pasti sama ada model ini akan dipasarkan di Indonesia dalam masa terdekat, kehadirannya di GIIAS 2024 menunjukkan hasrat BYD untuk melancarkannya di negara tersebut. 


SUV ATTO 3 & HATCHBACK DOLPHIN


Pelancaran Varian Baharu Atto 3  & Dolphin


KOMPAS-6.jpgKOPMAS-5.jpg


BYD juga memperkenalkan varian baharu Atto 3 dan Dolphin di GIIAS iaitu varian Advance untuk model Atto 3  dan Dynamic bagi Dolphin. 


Kedua-dua varian ini menggunakan bateri Blade LFP masing-masing dengan kapasiti 49.92 kWj dan 44.9 kWj, dengan jarak pemanduan sehingga 480 km dan 490 km. 


Harga Jualan Varian Terbaru Atto 3 & Dolphin


Varian baharu ini kini dijual di Indonesia pada harga IDR365 juta (~RM105,344) untuk Dolphin Dynamic dan IDR465 juta (~RM134,206) untuk Atto 3 Advance.

Baca: BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan

Tag:

BYD Indonesia
GIIAS 2024
BYD YangWang U8
BYD M6
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-05-2025
EV

18-07-2024
Global

19-01-2024
Global

18-07-2024
EV

18-07-2024
EV

18-07-2024
EV

24-10-2024
EV

18-07-2024

Berita Terkini

EV
Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV
Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV
Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV
Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV
Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025
EV
DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025