Link Copiedcheck_circle
EV

Pusat 3S XPeng Kini Dibuka Di Pulau Pinang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-20241003-WA0081.jpg


XPeng Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dengan pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) XPeng di Pulau Pinang. Cawangan terbaru ini diuruskan sepenuhnya oleh Bermaz XPeng Malaysia (BAuto). 


Hab Utama XPeng di Wilayah Utara


Pusat 3S yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini bakal menjadi hab utama XPeng di wilayah utara, memberikan kemudahan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan di Pulau Pinang dan Koridor Utara. Lokasinya yang strategik iaitu di No 3, Lorong Irama 2, Taman Irama, 13700 Perai, Pulau Pinang memudahkan akses pelanggan dari kawasan berdekatan.


Khidmat Komprehensif untuk Pemilik EV XPeng 


IMG-20241003-WA0077.jpgIMG-20241003-WA0076.jpg


Pusat 3S ini menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk konsultasi jualan, sokongan selepas jualan, serta pengurusan alat ganti. Ini bertujuan untuk memastikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang lancar dan menyenangkan untuk semua pelanggan XPeng.


460824238_122109641144518416_868662730562003786_n.jpg460916359_122109641336518416_331533002131787835_n.jpg


Pelanggan yang berminat kini boleh membuat janji temu untuk sesi pandu uji bagi model crossover elektrik XPeng G6, yang ditawarkan dalam dua varian iaitu 580 Pro (RM165,000) dan 755 Pro (RM185,000). Waktu operasi ialah Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 6:00 petang, manakala pada hari Ahad dan cuti umum pula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


Penyediaan Fasiliti Pengecasan 


IMG-20241003-WA0082.jpg460824348_122109640772518416_8030399977062994919_n.jpg


Walaupun pusat ini belum menyediakan kemudahan pengecasan awam, XPeng Malaysia telah bekerjasama dengan DC Handal dan ChargEV untuk menawarkan penyelesaian pengecasan di pelbagai lokasi. XPeng juga sedang merancang sistem "plug and charge" dengan DC Handal, yang bakal ditawarkan pada harga diskaun khas untuk pengguna XPeng.

Tag:

Xpeng G6
Pusat 3S XPeng
Pusat 3S XPeng Penang
Pusat 3S XPeng Pulau Pinang
Xpeng Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

XPeng G6 RWD Dilancarkan, Jarak Gerak 480KM, Harga-RM158,888

XPeng G6 RWD dilancarkan secara rasminya.

14-01-2026
Kereta Baru

Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14

Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).

12-01-2026
Kereta Baru

Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888

Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan.

01-10-2025
EV

Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan

Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.

25-09-2025
EV

Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.

15-07-2025
EV

XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma

Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

12-03-2025
EV

XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini.

03-03-2025
EV

SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!

Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

13-09-2024

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV