Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rapid Rail Lakukan Pra Pemeriksaan Di MRT Laluan Putrajaya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mulai hari ini, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan pra-pemeriksaan perakuan BOMBA (sistem pencegahan kebakaran) di beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya.

Perkara itu diakui sendiri Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya dalam satu kenyataan semalam.

Pemeriksaan itu dibuat bagi memastikan semua sistem pencegahan kebakaran yang ada di stesen-stesen MRT terbabit berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan.

“’Pra-pemeriksaan adalah sebagai langkah persediaan untuk sesi pemeriksaan perakuan BOMBA yang bakal berlangsung pada 14 Oktober hingga 17 Oktober depan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL).

"Ia juga bertujuan mengenal pasti protokol keselamatan kebakaran yang berpotensi untuk diperbaiki.

"Ini juga adalah usaha yang berterusan daripada semua pihak yang terbabit bagi menyediakan perjalanan dan persekitaran yang selamat untuk pengguna Rapid KL," katanya

Antara stesen yang terbabit dalam pra pemeriksaan pada hari ini:

Stesen Metro Prima.

Stesen Kepong Baru.

Stesen Jinjang.

Stesen Delima.

image.png

Tambah kenyataan itu, pra-pemeriksaan pada Rabu pula membabitkan Stesen Kampung Batu, Stesen Kentonmen, Stesen Jalan Ipoh dan Stesen Sentul Barat manakala Khamis (Stesen Titiwangsa, Stesen Hospital Kuala Lumpur, Stesen Raja Uda dan Stesen Ampang Park).

"Stesen yang terbabit dalam pra-pemeriksaan pada Jumaat termasuk Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Conlay.

"Pra-pemeriksaan pada Isnin depan membabitkan Stesen Chan Sow Lin, Stesen Kuchai, Stesen Taman Naga Emas dan Stesen Sungai Besi," katanya.

Sehubungan itu, Rapid Rail menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar stesen berkenaan agar tidak khuatir apabila mendengar penggera kebakaran dibunyikan.


Gallery

Tag:

Rapid Rail
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026