Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Auto Bavaria Kenalkan Mini Aceman Elektrik Pertama Di Tebrau

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kumpulan pengedar sah terbesar bagi BMW di Malaysia di bawah naungan Sime Darby Motors, Auto Bavaria memperkenalkan crossover kompak elektrik, MINI Aceman pertama, di Auto Bavaria Tebrau, Johor.

Sebagai crossover elektrik pertama dalam segmen kereta kecil premium, MINI Aceman menawarkan keselesaan yang cukup luas untuk lima penumpangnya.

Selain itu, kereta kompak ini turut, memberi pengalaman pemanduan “go-kart” ikonik MINI serta hadir dengan falsafah reka bentuk ‘Charismatic Simplicity’ MINI.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, MINI Aceman ini didatangkan dengan gril oktagon berbingkai Vibrant Silver, lampu depan jenis LED berbentuk angular dengan tiga mod pencahayaan unik, serta roda Hexagram 19-inci.

image.pngimage.png

Melihat bahagian belakangnya pula, MINI Aceman ini turut didatangkan dengan  lampu belakang LED jenis tegak dan garisan melintang bagi mengekalkan daya tarikan MINI, selain menonjolkan penampilan ikoniknya.

image.png

Di bahagian dalam, MINI Aceman dilengkapi paparan OLED bulat beresolusi tinggi 240mm yang dikuasakan oleh MINI Operating System 9 menjadi pusat kawalan navigasi, media dan kenderaan.

Untuk makluman anda, jentera ini juga didatangkan dengan MINI Experience Modes dimana pemandu boleh menyesuaikan suasana kabin dengan pencahayaan, bunyi, dan projeksi grafik khusus pada papan pemuka.

image.pngimage.png

Difahamkan, ia juga menggunakan fabrik rajut kitar semula bagi menggantikan krom dan kulit tradisional untuk memberikan suasana dalaman yang cerah.

Sementara itu, ia turut menawarkan ruang but seluas 300 liter namun keluasannya boleh ditingkatkan kepada  1,005 liter jika kerusi belakang direbahkan.

image.png

Dari segi kuasa pula, MINI Aceman boleh menghamburkan kuasa setakat 218hp dan tork 330Nm. Untuk itu, MINI Aceman mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.1 saat.

Dengan adanya bateri berkapasiti  54.2kWh, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 405km.

image.png

Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 95kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit serta pengecasan AC sehingga 11kW untuk pengecasan semalaman di rumah atau stesen awam.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, jentera ini cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

Antaranya, Amaran Tukar Lorong, Info Had Laju, Amaran Pelanggaran Hadapan, Parking Assistant Plus, MINI Digital Key Plus dan banyak lagi.

Apa yang cukup menarik ialah Auto Bavaria menawarkan tawaran eksklusif kepada pelanggan di selatan Malaysia, termasuk MINI Wallbox percuma untuk pengecasan di rumah, rebat menarik dan pilihan tukar beli untuk peminat MINI.

Untuk tempahan pandu uji, kunjungi Auto Bavaria Tebrau yang terletak di Jalan Persiaran Tebrau, Taman Desa Tebrau, Johor.


Gallery

Tag:

MINI ACEMAN
Auto Bavaria tebrau
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-11-2024
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

20-08-2024
EV

25-04-2024
EV

20-04-2024
EV

14-03-2024
EV

31-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026