Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad

Sofea Najmi

Kongsi melalui

rebat-perodua-2024.jpg


Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang. 


Jumlah Rebat yang Ditawarkan


Melalui promosi ini pembeli dapat menikmati potongan harga tunai seperti yang berikut:


- Perodua Ativa: Rebat tunai RM1,500.  

- Aruz: Rebat tunai RM4,000.



Perodua Ativa: SUV Kompak dengan Enjin Turbo


Ativa-AV_Front_Right.jpgAtiva-AV_Rear-Right.jpg


Dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), model yang dilancarkan pada Mac 2021 ini merupakan model pertama daripada Perodua yang menggunakan sistem  enjin turbo. Sistem trenkuasanya terdiri daripada enjin 1.0 liter turbo tiga silinder yang mampu menghasilkan output kuasa 97 hp dan tork 140 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi D-CVT.


Sebelum rebat, di pasaran, Perodua Ativa ditawarkan pada harga yang berikut:

- Turbo X (Metalik): RM62,500

- Turbo H (Metalik): RM67,300

- Turbo H (Metalik Khas): RM67,800

- Turbo AV (Metalik): RM72,600

- Turbo AV (Metalik Khas): RM73,100

- Turbo AV (2 Tona Metalik Khas Bumbung Hitam): RM73,400


Perodua Aruz: MPV Tujuh Tempat Duduk Bergaya SUV


download-(1).pngdownload-(5).png

  

Perodua Aruz, yang diperkenalkan pada awal 2019, menawarkan keunikan tersendiri dengan gaya SUV dan jarak kelegaan tanah yang tinggi, iaitu 220 mm membolehkannya menempuhi banjir cetek. 


MPV ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 101 hp dan tork 133 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui sistem transmisi automatik empat kelajuan.


Untuk sentuhan baharu, warna hitam ‘Elegant Black’ telah ditambah ke dalam senarai pilihan warna. 


Sebelum potongan harga, di pasaran, Perodua Aruz ditawarkan pada harga yang berikut:

- X: RM72,900

- AV: RM77,900


Peluang untuk Beli Pada Harga Lebih Berbaloi 


Dengan promosi ini, pelanggan kini boleh memiliki Ativa dan Aruz pada harga lebih menarik. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan SUV impian anda sebelum tahun baharu tiba!

Tag:

Promosi Akhir Tahun
Promosi Perodua
Perodua Aruz
Perodua Ativa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol

Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.

12-01-2026
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS

JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS.

04-11-2024
Berita Auto

SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!

Perodua bakal melancarkan Perodua Aruz Black Edition tidak lama lagi.

08-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026